Full Width CSS

Duta Vatican City Mohon Maaf So Boleh Kita Halau Dia Keluar Dari Malaysia Tak? #1Malaysia #TolakPR


Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino memohon maaf berhubung kenyataannya yang telah mencetuskan keresahan di kalangan rakyat negara ini.

Permohonan maaf tersebut disampaikan oleh Duta Vatican pertama ke Malaysia itu dalam pertemuannya dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra pada kira-kira pukul 12 tengah hari ini.Menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu, Marino menjelaskan bahawa komen beliau itu tidak mempunyai sebarang niat sebagai mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Ulasan :

So adakah kita dah boleh menghalau duta Vatican City ini keluar dari Malaysia untuk tempoh tertentu sebagai hukuman terhadap individu asing yang biadap sengaja mencetuskan kontroversi di dalam negara.

Tindakan biadap Joseph Marino telah membuat rakyat terutamanya beragama Islam berang dengan beliau yang mencemarkan kesucian bulan Ramadhan di kala umat Islam sedang mengerjakan ibadah.

Joseph Marino mendakwa penggunaan kalimah oleh penganut Kristian dibolehkan telah membuatkan beberapa pertubuhan dan NGO Islam mendesak agar kerajaan bertindak mengusir beliau keluar dari Malaysia.

Perkara ini tidak harus berlaku kerana ia telah reda dan ketegangan mengenai hal telah berlarutan dan hampir saban tahun ianya berulang-ulang disebut dan ditimbukan oleh orang bukan Islam.


Mungkin sudah tiba masanya kerajaan bertindak tegas terhadap individu atau kumpulan-kumpulan tertentu yang mempunyai kepentingan sendiri, lebih-lebih lagi warga asing yang berani mencampuri urusan dalaman negara. Tiada rugi langsung Malaysia jika kerajaan bertindak tegas terhadap golongan yang biadap ini.

Jika kerajaan tidak bertindak hari ini, sudah pasti perkara ini akan terus berulang dan terus berulang disuarakan sehingga membuatkan kerajaan dipanggil BACUL oleh rakyat.

Post a Comment

1 Comments

  1. di barat diorg tak bagi muslim kata Allah dan God (Tuhan Kristian) tu sama. Cuba taip dalam youtube Allah vs God. Berlambak video pastor2 marahkan dakwaan org Islam yg Allah = God. Kalau Kristian di malaysia nak guna Allah utk tuhan dia, maka benarkan org islam di barat kata Allah tu Tuhan org kristian di barat .senang sikit kami d barat ni mengislamkn org nsrani

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..