Wednesday, July 17, 2013

GEMPAR : Budak Sekolah Mati Kepala Tersepit Pada Lif #1Malaysia @tengkuadnanreal @NajibRazak


Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun mati setelah kepalanya tersepit lif semasa pulang dari sekolah.

Kejadian berlaku di blok 8, Apartment Desa Tun Razak, Bandar Tun Razak. Kejadian dikatakan berlaku semasa mangsa dan rakan-rakannya menaiki lif selepas pulang daripada sekolah sekitar jam 12.30 tengahari tadi.



Semasa di dalam lif, terdapat 17 orang pengguna yang lain dan rata-ratanya pelajar sekolah.

Lif tersebut dikatakan terhenti 3/4 tingkat antara tingkat 2 dan 3. Mangsa yang dikenali Khairul Amir Azri Bin Lani dikatakan cuba keluar daripada lif tersebut dan hanya kepala mangsa saja berjaya keluar daripada lif tersebut namun badan mangsa masih lagi berada di dalam lif.

Secara tiba-tiba lif tersebut bergerak turun perlahan-lahan dan tidak dapat dikawal menyebabkan leher mangsa terkepit antara lantai tingkat 3 dan lif. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.


Bomba yang menerima panggilan pada jam 1.16 petang mengambil masa lebih 5 minit untuk tiba di tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa-mangsa yang lain di dalam lif.

Difahamkan kejadian berpunca daripada kerosakan lif dan diakui oleh pekerja maintenance di Apartment tersebut.



1 comment:

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...