Full Width CSS

Harga Tambang Teksi Dikaji Semula? #1Malaysia #TolakPR #Puiii #SPAD @NajibRazak @aduanSPAD


Perkataan harga tambang akan dikaji dalam bahasa Melayu dan yang paling mudah difahami di Malaysia ini akan memberikan 3 jenis jawapan yang berbeza ;-

i. Harga tambang akan dikekalkan
ii. Harga tambang akan diturunkan
iii. Harga tambang akan dinaikkan

Tapi di Malaysia kebiasaannya tambang akan dinaikkan dan tidak akan diturunkan. Ini realiti yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Malaysia khususnya di bandar Kuala Lumpur.

Kata Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak, penyewa dan pemilik teksi merupakan golongan susah mempunyai taraf hidup yang rendah.

Memang benar dan saya akui akan hal tersebut tetapi adakah kerajaan takut atas desakan pemilik teksi ataupun sebenarnya kerajaan didesak oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)?

Bagi saya kemungkinan ianya tiada kena mengena dengan SPAD dan suruhanjaya ini hanya berperanan untuk membantu golongan pemandu teksi & pengusaha pengangkutan awam, kemungkinan lah.

Beberapa soalan yang saya ingin ajukan kepada kerajaan & Perdana Menteri Malaysia.

Adakah rakyat biasa seperti saya ini mampu untuk membayar kadar sewa teksi yang berkemungkinan BESAR akan dinaikkan?


Adakah dengan kadar gaji saya sebanyak RM1,200 sebulan dan menetap di Kuala Lumpur, saya mampu untuk menanggung kos tersebut?

Adakah wang ehsan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 mampu untuk mengurangkan kos saya dan isteri?

Adakah kerajaan nanti melalui jabatannya akan mengeluarkan kenyataan supaya saya memilih pengangkutan lain selain daripada teksi jika tidak berkemampuan seperti yang diucapkan oleh Menteri 'Ayam' yang meminta rakyat jangan makan ayam.

Kerajaan jangan terlalu terburu-buru menaikkan sesuka hati kadar itu dan ini. Terus terang saya katakan, jika kerajaan menaikkan kadar sewa teksi hari ini, rakyat akan bercakap kerajaan terlalu ego untuk membantu rakyat. Baru mendapat mandat daripada rakyat beberapa bulan yang lepas, hari ini terus berniat menaikkan kadar tambang teksi.

Beberapa perkara yang saya ingin pesan kepada kerajaan Malaysia dan pihak yang terlibat.

1. Pemandu teksi juga merupakan golongan yang mendapat BR1M,
2. Pemandu teksi mendapat Bantuan Teksi 1Malaysia (2 bijik tayar)
3. Pemandu teksi yang malas saja akan memiliki pendapatan bawah RM50 sehari,
4. Pemandu teksi menggunakan gas NGV untuk menggerakkan kenderaan mereka selain petrol. Full tank NGV boleh dibawa sejauh kL - Ipoh,
5. Pemandu teksi memperbaharui roadtax kenderaan mereka pada kadar yang murah dari kenderaan biasa.
6. Dan tak semua pemandu teksi merupakan penyokong kerajaan.

Kerajaan jangan terlalu baik SANGAT hati terhadap penyokong tegar PR yang menyampaikan dakyah fitnah di dalam teksi mereka.

Kerajaan juga jangan hanya memikirkan nasib pemandu teksi sahaja sebaliknya patut fikirkan nasib dan kewangan rakyat biasa yang memerlukan khidmat teksi daripada pengangkutan awam yang lain.

Post a Comment

1 Comments

  1. Siapa yang pernah naik teksi mesti pernah kena tipu, tapi PM Najib masih bantu mereka?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..