Full Width CSS

#HinaIslam : PENJARAKAN Alvin & Vivian Saja #1Malaysia #TolakPR


Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang meminta kerajaan segera mengenakan tindakan tegas terhadap pasangan remaja, Alvin Tan dan Viviana Lee yang menghina Islam.

Tanpa mengambil kira perbezaan fahaman politik, wakil rakyat yang hadir persidangan Dewan Rakyat semalam mengambil pendekatan rasional dengan masing-masing mahu pasangan itu dihadapkan ke mahkamah dan dipenjarakan.

"Soal agama tidak sepatutnya ada toleransi, malah pemimpin Tionghua juga mengutuk perbuatan pasangan ini. Oleh itu rakyat Malaysia minta supaya Alvin dan Vivian ditahan serta merta dan dipenjarakan." Datuk Bung Mokhtar Radin.

Tiada toleransi dalam soal agama

Isu itu pada awalnya dibangkitkan oleh Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013.

"Soal agama tidak sepatutnya ada toleransi, malah pemimpin Tionghua juga mengutuk perbuatan pasangan ini. Oleh itu rakyat Malaysia minta supaya Alvin dan Vivian ditahan serta merta dan dipenjarakan.

“Jika portal di luar negara ada yang menghina agama, mereka akan dipenjara satu atau dua tahun. Alvin dan Vivian bukan contoh baik untuk remaja negara ini dan perlu dihukum setimpal. Kita minta polis tahan mereka tiga malam dan biar mereka rasa penderitaan sebelum didakwa," katanya.

Saranan itu disokong oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) dengan berkata mereka yang menghina Islam tidak boleh diizinkan sama sekali di negara ini dan tindakan wajar mengikut undang-undang perlu diambil.

Isu sensitif

"Seperti yang dilakukan Alvin dan Vivian atau mana-mana pihak yang menghina kepercayaan agama lain sekali pun, tidak patut dilengahkan siasatan dan tindakan segera perlu sebagai pengajaran kerana penghinaan agama tidak boleh diizinkan," katanya.

Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh), ketika mencelah perbahasan pula berkata gejala membangkitkan isu sensitif harus dibendung bersama kerana ia buruk untuk masa depan negara.

Bung Mokhtar yang memberi maklum balas kepada kenyataan Ahli Parlimen Ketereh itu, berkata tanpa tindakan tegas, mungkin berlaku situasi di mana umat Islam pula mengutuk agama lain, sekali gus menjadikan negara ini tidak selamat.

Terdahulu, Dewan gamat seketika apabila kenyataan Bung Mokhtar "Saya rasa gejala ini (menghina Islam) lahir selepas Pilihan Raya Umum, mungkin tajaan DAP" menimbulkan kemarahan kepemimpinan parti berkenaan apabila Ahli Parlimen Taiping dan Batu Gajah bangun meminta kenyataan itu ditarik balik.

Malah, Teresa Kok (DAP-Seputeh) juga merujuk kenyataan Bung Mokhtar sebagai sangkaan jahat mengikut Peraturan Mesyuarat 32 (6).

Menjawab desakan pembangkang itu, Ahli Parlimen Kinabatangan itu menjelaskan beliau hanya menyebut parti itu secara umum bukan mana-mana ahli parti berkenaan.

Selain itu, Bung Mokhtar mengetengahkan isu kenyataan kenyataan Duta Vatican City ke Malaysia, Archbishop Joseph Marino berhubung kalimah Allah dan meminta supaya beliau dikenakan tindakan tegas.

"Usir dia dari negara ini kerana kenyataannya boleh memecah belah negara berdaulat ini kerana campur tangan hal kalimah Allah," katanya.

Post a Comment

0 Comments