Full Width CSS

Keberkatan Ramadhan Dirasai Lebih 7,200 Buah Masjid #1Malaysia #TolakPR @NajibRazak @azeezputera @rizalmanmokhtar


Sebanyak 65 buah masjid di seluruh Wilayah Persekutuan menerima sumbangan keperluan sempena sambutan bulan Ramadhan Al Mubarak. Wilayah Persekutuan merupakan negeri yang ke 12 menerima sumbangan ini daripada 14 buah negeri keseluruhan termasuk Sabah dan Sarawak.

Sumbangan berbentuk seperti air zam zam sebanyak 20 liter dan buah kurma seberat 10 kg disampaikan untuk tujuan penggunaan masjid bagi meringankan beban dan kos yang ditanggung pihak pengurusan Masjid. 


Menurut Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Haji Abdul Azeez Abdul Rahim sumbangan ini disampaikan secara terus kepada setiap wakil masjid di setiap 222 Parlimen seluruh Malaysia.

“Sebanyak 7,281 buah Masjid dapat diagihkan dan Surau yang melaksanakan solat Jumaat pun kita berikan sumbangan ini”, katanya. 


Beliau turut memperincikan pembahagian sumbangan ini kepada setiap Masjid.

“Setiap Masjid akan mendapat 17 kain jubah, kain tersebut 5 ela dan setiap seorang akan mendapat 1 kain pelikat. Maknanya setiap Masjid ada 17 ahli jawatankuasa termasuk Imam I, Imam II, Tok Siak dan Jawatankuasa Masjid” jelas Azeez.

Dalam majlis itu juga Datuk Azeez turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan keluarga yang kurang berkemampuan. Turut hadir, Pengerusi Masjid Azzubair Datuk Amil Salleh, Pemangku Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak, Shaharuddin dan Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar.

Hebat sumbangan dari Kelab Putera 1Malaysia ini, sedikit sumbangan ikhlas tahunan buat masjid-masjid seluruh Malaysia dan ini merupakan rasa kebertanggungjawaban kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam membantu meringankan bebanan pihak pengurusan Masjid seluruh negara.


 

Post a Comment

0 Comments