Full Width CSS

Khalid Ibrahim Masih Lagi Menjadi Juara Ahli Parlimen Yang Gagal #1Malaysia #TolakPR


Aduan rakyat di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak semakin meningkat dan keadaan ini dikatakan berpunca daripada kegagalan Anggota Parlimennya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjalankan tugas dengan baik.

Selepas sepenggal dan kini memasuki penggal yang baru, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi wakil rakyat kawasan ini, penduduk memberikan gambaran sukar untuk bertemunya serta beliau gagal menyelesaikan pelbagai isu seperti perumahan, penaja dan kemudahan asas kecil.Penduduk memaklumkan Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor memberi alasan bahawa hal-hal itu di bawah tanggungjawab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Apa peranan beliau sebagai wakil Parlimen?” 


Sehingga kini aduan mengenai permasalahan penduduk yang terkumpul yang diterima pejabat UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Bandar Tun Razak berjumlah kira-kira 18,250 aduan. Pejabat ini dibuka setiap hari sentiasa sesak dengan penduduk setempat untuk mengadu masalah yang dihadapi mereka.

Sampai bila agaknya penduduk Bandar Tun Razak akan terus dizalimi sebegini.

Post a Comment

0 Comments