Full Width CSS

Khalid Ismath Penyebar Syiah Di #1Malaysia #TolakPR


Hasil pemantauan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati rakyat tempatan terlibat dalam kegiatan menyebarkan fahaman syiah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebahagian mereka yang terlibat mempunyai latar belakang pendidikan agama dari Iran.Walau bagaimanapun, menurut beliau, setakat ini, Jakim tidak menerima aduan berhubung penyebaran syiah oleh pelajar Iran kecuali pengaruh dalam bentuk kebudayaan seperti sambutan Hari Nairuz.

"Arus kebangkitan syiah yang berlaku di seluruh dunia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap umat Islam di negara ini lebih-lebih lagi dengan kepesatan teknologi maklumat yang memudahkan sebarang ajaran untuk disebarkan," katanya ketika menggulung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara hari ini.

Jamil Khir turut menafikan dakwaan bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 1984 yang membenarkan fahaman syiah mazhab Jaafariah dan Zaidiah diamalkan sebagai satu punca penyebaran syiah di Malaysia.

Post a Comment

0 Comments