Full Width CSS

@Khalid_Ibrahim Gagal Berkhidmat, Tapi Tergamak “Kebas” Duit Rakyat RM1 juta! #1Malaysia #TolakPR


Sangat mengejutkan apabila Ahli Parlimen Bandar Tun Razak tergamak menerima wang elaun gratuiti berjumlah hampir RM1 juta wang rakyat walaupun langsung tidak memberi khidmat selama lima tahun!

Bukan saja tidak menunaikan amanah rakyat, malah Khalid Ibrahim sebagai wakil rakyat itu boleh dikatakan “makan elaun buta”! Malang sungguh rakyat di Parlimen Bandar Tun Razak.Dulu, dia “tergagap-gagap” tabur janji “bulan dan bintang” pada rakyat ketika berkempen meminta undi pada PRU ke-12. Kononnya dialah satu-satunya “superhero” rakyat yang mampu membela nasib rakyat di situ.

Tapi bila dia sudah menang dan diberikan kuasa, dia lesap entah ke mana menghilangkan diri dari rakyat di parlimen itu. Patutkah begitu sikap seorang pemimpin?

Tak buat kerja dan tak berkhidmat untuk rakyat, tapi muka tak malu terima duit rakyat! “Spesis” apakah pemimpin seperti ini? Dia lebih sesuai disifatkan sebagai “muka tembok” yang gagal sama sekali!

Contoh terbaik yang menunjukkan Khalid gagal dan tak malu “makan duit” rakyat, dia langsung tidak turun padang ketika rakyat di parlimen itu mengalami masalah gangguan bekalan air yang teruk.

Bukan sekali dua dia tak tunjuk muka mengambil tahu penderitaan rakyatnya yang terpaksa beratur dengan baldi menadah air dari lori tangki. Malah sudah berkali-kali sejak lima tahun bergelar wakil rakyat di parlimen itu.

Mengapa dia takut sangat nak turun padang mengambil peduli tentang hal rakyat? Mungkin dia tahu rakyat sudah sedar punca masalah gangguan air di situ? MB Selangor tersohor ini tidak bertapak di alam nyata, rakyat tak ada air, dia masih cakap Selangor tiada isu air!


Rakyat di Bandar Tun Razak sebenarnya sudah lama tahu bahawa segala penderitaan mereka tentang masalah air berpunca dari Menteri Besar Selangor itu.

Rakyat di parlimen itu tahu Khalid halang usaha Kerajaan Pusat untuk membina loji rawatan air baru, Langat 2, yang menjadi harapan mereka untuk memastikan hidup mereka terus sejahtera tanpa sebarang masalah gangguan air.

Sebagai seorang pemimpin yang pentingkan kebajikan rakyat, kalau dah ditolak Langat 2, kenapa tiada perancangan alternatif? Rakyat sudah sah tiada bekalan air. Ini asyik cakap nak guna air lombong, air Tasik Kenyir dan macam-macam lagi, tapi itu semua masih di peringkat cakap-cakap lagi. Bila nak dilaksanakan?

Malah mereka juga tahu dan sedar bahawa Khalid hanya pandai berjanji dengan “air liur”, tapi tak tahu berkhidmat untuk mereka dan gagal memastikan bekalan air yang sempurna seperti lima tahun sebelum ini.

Cuba lihat apa sudah jadi di Selangor. Dulu para peniaga dan pelabur berlumba-lumba melabur di negeri itu. Tapi selepas lima tahun Khalid memerintah, ratusan ribu projek dan lebih RM8 bilion pelaburan tidak dapat dijalankan.

Semuanya kerana masalah air! Negeri termaju mengalami masalah air? Memang memalukan bila negeri termaju itu dipimpin Khalid. Hampir hancur!

Itu baru diceritakan tentang masalah air, kalau diceritakan tentang masalah sosial, penyelewengan, “rompakan” pasir dan banyak lagi masalah lain, rasanya boleh “lari malam” Khalid dibuatnya…

Apabila rakyat mengutuk dan marah padanya, dia meminta “pencacai”nya Shuhaimie Shafie supaya memuja-muji di media sehingga terlambung-lambung di awangan. Memang sikap yang sangat memalukan bagi seorang pemimpin!

Kononnya, Khalid “superhero”, Khalid “tokoh paling bijak” dan Khalid “paling hebat” berbanding calon-calon BN di Selangor. Bodek sakan untuk menyedapkan hati “boss”nya…

Itulah sebab dia minta disampbungkan sepenggal lagi… Belum puas lagi “kerjakan” Selangor…. Soalannya, “pembela rakyat” apa jenis “makan duit rakyat” begini? “Harapan rakyat” jenis apa yang tak bekerja untuk rakyat begini?

Itu pun dia masih ada hati nak jadi Menteri Besar Selangor untuk sepenggal lagi? Dia mahu rakyat Selangor menangis untuk lima tahun lagi? Harap dia pulang ke rumah dan cermin dirinya baik-baik…

Dan rakyat Selangor harus ingat, menurut Khalid manifesto bukanlah janji.

Sumber : SGB 

Post a Comment

1 Comments

  1. apa nak sebuk2 dia turun padang ke tidak dah org BANDAR TUN RAZAK pilih dia sebagai MP kawasan BANDAR TUN RAZAK so terima lah dia jangan banyak complen. dah bagi lima tahun dia jadi MP tak kan org BANDAR TUN RAZAK tak nampak dia buat kerja ke tidak

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..