Full Width CSS

#KualaBesut : Jika PAS Menang, Wakil Kepada ADUN Akan DiGaji Untuk Turun Padang #1Malaysia #TolakPR @NajibRazak @MuhyiddinYassin @ahmadmaslan



Terkedu atau terkejut menonton video di bawah ini apabila calon PAS DUN Kuala Besut, Azlan Endut memberitahu beliau akan berusaha 'keras' membantu rakyat dengan caranya tersendiri.

Dah lah jadi calon tapi masih mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaannya dan akan menggajikan seorang pegawai untuk bertindak sebagai wakilnya untuk melihat serta menganalisis masalah rakyat yang menyokong beliau nanti?


Biar betol ni beb.

Awal-awal lagi calon PAS ni dah beritahu apa yang akan beliau lakukan jika menang sebagai wakil rakyat PAS.

Even Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pun tak berani bercakap gitu di Parlimen Bandar Tun Razak waima memang beliau akan tetap menghantar wakilnya saja di Parlimen ini.

Inilah yang dikatakan ibarat kera mendapat bunga. Langsung tidak dikesahkan dan dihargai sokongan serta sumbangan orang yang memilihnya menjadi suara rakyat di peringkat bawahan dan seperkara yang harus diingat adalah wakil rakyat yang dipilih, menerima elaun bulanan bukannya serendah RM500 tetapi lebih daripada RM5,000 sebulan.

Kepada pengundi di Kuala Besut, Terengganu. Buatlah pilihan yang tepat dan jangan mengundi secara membabi buta tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Jangan jadikan diri anda seperti penduduk Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur yang kerap melihat wajah Ahli Parlimen sendiri di banner-banner dan sepanduk yang dipasang pada musim-musim perayaan dan di dalam kaca televisyen saja.

Post a Comment

0 Comments