Full Width CSS

#KualaBesut : Pengarah PilihanRaya PAS Menjangka Kekalahan Kali Ini #1Malaysia #TolakPR @NajibRazak @MuhyiddinYassin @ahmadmaslan


Naib Presiden PAS dan juga merangkap Pengarah PilihanRaya Kecil Dun Kuala Besut, Datuk Husam Musa mengakui sukar untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu pada Pilihan Raya Kecil 24 Julai ini. 

"Walaupun kita kemungkinan boleh menang kali ini, tetapi ia cukup berat untuk dilaksanakan," - Husam Musa.

Ulasan :

Pengarah jentera pun mengakui sukar untuk menang apatah lagi mereka yang berada di peringkat jentera PAS yang masih lagi tidak berkeyakinan dengan kebolehan Husam Musa yang tewas di Parlimen Putrajaya pada Pilihanraya Umum yang lepas.

Paling memeranjatkan apabila Husam Musa tidak dipilih menganggotai Exco Kerajaan Negeri Kelantan waima memenangi DUN Salor sekaligus menyentak perasaan jentera PAS yang merasakan Husam Musa tidak layak diletakkan sebagai Pengarah PRK PAS ataupun beliau akan dipertanggungjawabkan atas kekalahan kerusi Dun Kuala Besut ini kelak.

Persoalan ini masih lagi berkumandang di dalam kumpulan-kumpulan kecil jentera PAS Kuala Besut yang masih meletakkan kepimpinan PAS Kuala Besut sebagai orang yang paling layak memberikan arahan kepada mereka.

Post a Comment

0 Comments