Full Width CSS

#KualaBesut : Pertemuan Satu Lawan Satu, Seluruh Jentera #BarisanNasional Turun Padang Dan PAS Terkangkang Tanpa PKR & DAPig #1Malaysia #TolakPR @NajibRazak @MuhyiddinYassin @ahmadmaslan


Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin mengetuai perarakan mengiringi calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman ke pusat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut di sini pagi ini.
Mengiringi sama, Tengku Zaihan ialah Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Pelajaran II, Dato’ Seri Haji Idris Jusoh, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Haji Ahmad Maslan bersama kira-kira 5 000 penyokong.Mereka tiba kira-kira jam 9.10 pagi sebelum memasuki perkarangan kompleks berkenaan.

Manakala kumpulan yang mengiringi calon Pas diketuai Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Mahfuz Omar dan Mohd Abdul Wahid Endut (Pesuruhjaya Pas Terengganu).

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan calon Pas, Azlan @ Endot Yusof.

Tiada calon yang ditolak penamaannya sehingga waktu penamaan ditutup kira-kira pukul 10 pagi tadi di Kompleks Rakan Muda Kuala Besut di sini. Selepas keluar dari Pusat Penamaan calon, Tengku Zaihan (calon BN) bersikap professional menemui kumpulan Pas itu, bersalam dan beramah-mesra.

Post a Comment

0 Comments