Full Width CSS

Melayu Ditangkap Walaupun Tiada Laporan Polis Dibuat Oleh Cina Biadap #1Malaysia #TolakPR @PDRMsia @NajibRazak


Polis yakin kes culik dan membogelkan seorang penjaga kaunter kafe siber di sebuah restoran di Taman Sri Muda, Shah Alam, semalam, adalah tindak balas pihak tertentu terhadap pasangan kontroversi, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, yang mempersendakan Ramadan dan umat Islam di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal percaya motif perbuatan itu adalah membalas dendam terhadap pasangan terbabit yang telah menyinggung umat Islam baru-baru ini.

"Apabila timbulnya isu sensitif begini maka ada pihak yang tidak berpuas hati dan mengambil tindakan sendiri."Mungkin mangsa ada bercakap sesuatu yang boleh menyinggung bangsa serta agama pihak lain dan dalam situasi sekarang ini (rentetan kes Alvin dan Vivian), mangsa telah menerima akibatnya," katanya selepas menerima kunjungan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) ke Bukit Aman di sini hari ini.

Khalid seterusnya berkata, pihaknya memandang serius kejadian tersebut dan tangkapan terhadap empat orang lelaki yang dipercayai terlibat telah dibuat pagi ini.

"Saya nasihatkan supaya masyarakat tidak lagi menimbulkan suatu isu yang boleh menyinggung perasaan kaum lain. Saya telah mengeluarkan arahan supaya memantau rapi kes sebegini dengan tindakan cepat terus diambil," katanya.

Dalam perkembangan kes Alvin dan Vivian, Khalid memberitahu, polis kini membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 298 (A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau perasaan permusuhan dan benci-membenci hingga memudaratkan perpaduan

"SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) telah menyiasat kes itu namun polis akan meminta kedua-dua mereka turut hadir ke balai polis untuk dirakam percakapan mereka," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dua daripada suspek yang menculik penjaga kaunter kafe siber tersebut ditahan di Bukit Jalil dan bakinya masing-masing di Kampung Medan, Petaling Jaya dan Ampang awal pagi ini.

Beliau berkata, kesemua suspek yang berusia lingkungan 20-an telah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

"Kesemua suspek yang antaranya merupakan penganggur ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dan polis kini sedang mencari empat lagi lelaki untuk membantu siasatan kes yang sama," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Menurut Zahedi lagi, pihaknya membuat tangkapan tersebut selepas menerima laporan mengenai penculikan mangsa daripada keluarganya semalam.

"Selepas mangsa ditemui, polis membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan dan dia dibenarkan pulang tanpa diambil keterangan kerana keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

"Kita akan cuba mendapatkan keterangannya sama ada pada lewat petang ini atau esok pagi bersama teman wanitanya sekali," tambah beliau.

Dalam kejadian pukul 3 pagi semalam, mangsa dan teman wanitanya diculik sekumpulan lapan lelaki menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard ketika berada di sebuah restoran.

Mangsa kemudian dibawa kumpulan suspek terbabit ke sebuah kawasan hutan sebelum dibogelkan seterusnya ditinggalkan di tepi jalan di Kilometer 4.5, Lebuh Raya Duke berhampiran susur masuk ke Setiawangsa.

Sumber memberitahu, kumpulan lelaki tersebut hanya menculik mangsa dan meninggalkan teman wanitanya di restoran tersebut bersama semua barang peribadi mangsa seperti telefon bimbit, rantai emas dan dompet.

"Selain dibogelkan dengan seluar, baju dan pakaian dalamnya dilarikan, badan mangsa turut diconteng.

"Mangsa bernasib baik apabila seorang penunggang motosikal yang juga seorang anggota polis melalui kawasan terbabit pada pukul 12.30 tengah hari semalam, sebelum menyelamatkan lelaki tersebut dan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju," katanya.

Post a Comment

3 Comments

  1. ada aku kisah? cinabeng tetap cinabeng. Boikot Barang Cina. Agama Islam kita tidak boleh dimain2kan oleh mana2 pihak.

    ReplyDelete
  2. begitulah nasib kita orang melayu ditanah melayu dibuli oleh bangsa sendiri... bangsa pendatang dari tanah besar diagung2kan maklumlah mereka banyak duit ..makin lama makin meluat pada pemerentah yang tak adil ini.. .. la ni seronoklah orang cina melihat melayu dibuli orang sendiri...

    ReplyDelete
  3. knp nak marah2?surat khabar tu sapa punya?kerajaan malaysia ni sapa perintah? cuba korang pikir, raja di malaysia ni melayu, perdana menteri di malaysia ni rasanya semua melayu.dah 50 tahun tanah melayu merdeka.tp orang melayu tetap ketinggalan, ekonomi tetap dipegang oleh kaum lain, orang melayu tetap kena buli.korang xpelik ke, klu pm tu org cina ke,india, melayu kene tindas,diabaikan.boleh diterima akal.

    skrg ni org melayu sndr tindas melayu, rakyat sndiri yg ditindas pemimpin. jgn asyik nak salahkan kaum lain, klu nak tau sapa salah tgk la dlm cermin.klu btl la umno tu nak bela melayu, kenapa masih ada kanak2 xmampu ke sekolah?knp masih ada org melayu yang hidup dlm dhaif?bantuan yg diberikan xsampai kpd fakir miskin padahal 1 kampung tau yg famili tu fakir miskin,1 kampung pun xbt tindakan, tunggu pilihan raya xpun tggu program bersama mu.

    1 perkara, korang sedar x tanah melayu sudah tiada lg.realiti skrg ialah Malaysia.bukan tanah melayu.Malaysia ni pelbagai kaum, wlaupun aku jg melayu tp aku rase mmg kerajaan tidak adil dlm menjaga kebajikan rakyat;wujudnya mentaliti anak emas & anak tiri. umno,mca,mic dah xrelevan lg.klu nak jgk melayu tu.tukar balik malaysia jd tanah melayu, xpayah la bt 1 Malaysia tu, malaysia bukan melayu sj ada.sedar skit.klu takut ketinggalan berusaha, Tuhan xakan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum tu sndr ubah. klu takut ketinggalan dlm pengajian tinggi, belajar la btl2, universiti tmpt menimba ilmu bukan tmpt utk bzina, bfoya2.org cina blh bljar dari pagi sampai malam, mcmane diorg xmaju.cuba tgk kedai runcit, berapa byk kedai runcit melayu(malaysia) di bukak lps subuh (6.30/7pg) smpai kul 10,11 mlm.cukup la.bangun la dari tidor yg lena tu, dibuai dan diulik oleh subsidi2 kerajaan yg diberikan supaya org melayu sentiasa lena, sentiasa menyokong kerajaan.cuba amik iktibar dlm cerita hang tuah tu, dihukum raja, tp dipanggil balik oleh raja utk bunuh saudaranya yg memperjuangkan kebenaran.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..