Full Width CSS

Menteri Wilayah @tengkuadnanreal Bahasakan Manusia Tak Beradab Di Masjid India #1Malaysia


Seorang lelaki berlagak samseng cuba melawan setelah tindakannya menepuk kepala seorang pengawal keselamatan, di Jalan Masjid dihalang Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang secara kebetulan melalui kawasan itu sempena lawatan ke bazar Ramadan, di sini, semalam.

Terdahulu, pemandu Proton Waja terbabit menuju ke laluan keluar parkir sebuah premis di situ, namun di halang pengawal keselamatan berkenaan kerana bertentangan arah.Lelaki berkenaan tiba-tiba berang dan bertindak keluar kereta sebelum menepuk kepala pengawal keselamatan itu.

Tengku Adnan yang melihat keadaan itu segera menghampiri dan bertindak memegang lengan lelaki terbabit bagi menghalang tindakan lebih agresif dilakukan kepada pengawal keselamatan yang agak berusia itu.

Berikutan itu, lelaki terbabit cuba melawan dengan meninggikan suara, namun ditenangkan seorang wanita dalam kereta sama kemungkinan menyedari ‘lawan’ lelaki itu seorang menteri.

Keadaan kembali tenang apabila lelaki itu dilihat akur dan pada masa sama, Tengku Adnan menasihatkannya supaya lebih beradab.

Post a Comment

1 Comments

  1. Bodoh betol!!!

    Kenapa tak di tangkap dan kenakan tuduhan memukol orang??

    Bahlol betol!!!!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..