Full Width CSS

Nik Abduh Minta Kerajaan #1Malaysia Tentang #LGBT, Ambiga Macamne Pula? #TolakPR


"Saya difahamkan daripada sumber tidak rasmi bahawa kerajaan terima tekanan daripada pelobi-pelobi hak asasi manusia luar negara. Mereka menuntut pelaksanaan hak asasi manusia yang nyata bertentangan dengan Islam seperti untuk bertukar agama, pindah agama atau murtad selain hak mengamalkan kegiatan-kegiatan yang tegas dilarang agama seperti LGBT," - Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.
Kerajaan digesa supaya tidak sesekali tunduk kepada tekanan pertubuhan hak asasi manusia terutama dari luar khususnya berhubung pelaksanaan hak menukar agama dalam kalangan penganut Islam dan kebebasan amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, penentangan terhadap tuntutan itu penting bagi memastikan kesucian Islam sebagai agama Persekutuan terus terpelihara selain tidak mahu umat Islam tempatan, rakyat keseluruhan serta pembangkang dicemari nilai negatif.


Bagaimanapun, katanya, kerajaan perlu mempertahan dan memperjuangkan konsep hak asasi manusia seperti diperkenalkan Nabi Muhammad SAW dalam Piagam Madinah kira-kira 1,400 tahun lalu yang selari dengan amalan demokrasi moden.

Ulasan :

Ambiga bersama-sama perwakilan muslimat PAS 

Saya bersetuju dengan pendapat Timbalan Ketua Pemuda PAS ini tetapi saya ingin mendesak agar beliau menyuarakan kenyataan tersebut mewakili PAS secara keseluruhannya kerana PAS hari ini masih lagi berteka teki mengenai sokongan mereka secara senyap terhadap kumpulan yang memperjuangkan LGBT.

Sebagai contoh, PAS masih lagi sanggup bersekongkol dengan ketua kepada kumpulan yang menuntut hak kesamarataan LGBT di Malaysia dan juga merupakan orang yang paling kuat menentang Islam di sini, Ambiga.

Ambiga merupakan iblis bertopengkan manusia yang begitu lantang menentang Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan individu yang bertanggungjawab 'menyedarkan' kumpulan LGBT mengenai hak mereka di Malaysia.

Saya ingin bertanyakan kepada Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan ini.

Adakah suara Nik Abduh hari ini merupakan pendapat peribadinya saja atau ianya merupakan suara Dewan Pemuda PAS atau sekadar memenuhi slot membahaskan titah ucapan Yang DiPertuan Agong di Parlimen.


Post a Comment

0 Comments