Full Width CSS

#PRKKualaBesut : Biar Betik, PAS Puji Pembangunan Di Kuala Besut? #1Malaysia #TolakPR @NajibRazak @MuhyiddinYassin @ahmadmaslan


Pas menyambut baik dan memuji sebarang projek pembangunan dan program membasmi kemiskinan yang dirancang kerajaan negeri mahu pun kerajaan pusat untuk masyarakat di Kuala Besut.

Yang Dipertua Pas Besut Wan Azhar Wan Ahmad berkata parti itu tidak menentang sebarang bentuk pembangunan apatah lagi jika ia percuma untuk keperluan rakyat miskin dan tidak berkemampuan.Bercakap pada sidang media harian Pas di Kampung Baharu di sini, beliau berkata Pas cuma tidak mahu Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadikan pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut sebagai medan menabur janji manis dan mengumpan rakyat termasuk program dan projek pembangunan.

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan projek perumahan rumah mampu milik di Kampung Lay Out Tok Saboh untuk penduduk berpendapatan rendah, tidak berkemampuan dan miskin.

Muhyiddin dilaporkan berkata apa yang dilaksanakan itu merupakan dasar yang diterapkan kerajaan BN sama ada di peringkat persekutuan atau negeri, selaras dengan syiar Islam iaitu menangani soal kediaman dan membantu umat Islam memiliki kehidupan lebih baik.

Post a Comment

0 Comments