Full Width CSS

#PRKKualaBesut : Calon Pil Kuda Saman Hadi Awang #1Malaysia #TolakPR


Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Mohd. Shamsul Mat Amin akan memfailkan saman terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas tuduhan memfitnah.

Mohd. Shamsul berkata, saman itu dibuat ekoran kenyataan Abdul Hadi ketika berceramah di Tebakang Alor Limbat, Marang baru-baru ini yang mendakwa 'ada calon PKR tukang edar pil kuda dan sokong komunis'."Kesan daripada ucapan tersebut, saya sering dipulau dan dipersenda penduduk kampung saya. Ini menjejaskan nama baik saya, nama keluarga dan parti saya terjejas dan perniagaan saya juga terjejas secara tidak langsung," katanya dalam nada sebak

Yang turut hadir, bapanya, Yahya Zakaria yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR Terengganu.

Dalam kempen pilihan raya umum lalu, Abdul Hadi ketika berucap dalam majlis ceramah mendakwa mendapat maklumat ada calon yang membuat kerja 'haram' iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan selepas meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di Rusia iaitu Karl Marx, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin di markas parti mereka.

Dalam ucapan itu, Ahli Parlimen Marang itu turut menegaskan, Pas tidak boleh menerima calon sebegitu dan tindakan tersebut diambil supaya 'syaitan-syaitan' tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang.

Kenyataan itu bagi menjelaskan isu kenapa Pas terpaksa bertanding di kawasan tertentu sehingga menyebabkan pertindihan dengan PKR di Terengganu.

Post a Comment

0 Comments