Saturday, July 20, 2013

#PRKKualaBesut : GEMPAR Kembar Seiras Shahrizat Ditemui Di #KualaBesut #1Malaysia #TolakFitnah @NajibRazak @ahmadmaslan @tunfaisal


Beberapa hari sebelum hari Penamaan Calon DUN Kuala Besut, banyak blog-blog Pembangkang dan tidak kurang juga blog pro Barisan Nasional (BN) mengeluarkan kenyataan kononnya Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil tidak akan menampakkan diri pada Pilihanraya Kecil (PRK) kali ini.

Pelbagai cerita serta kenyataan tersiar dan terus tersebar di dalam media siber tanpa ada sebarang penjelasan yang sebenarnya daripada pihak yang sepatutnya menjawab tohmahan tersebut.
Namun hari ini, pengundi DUN Kuala Besut dikejutkan dengan kehadiran Ketua Wanita UMNO yang disayangi oleh sekalian wanita-wanita seluruh Malaysia sekaligus menjawab segala fitnah serta tohmahan bahawa beliau akan memboikot PRK pada kali ini.


Tanggapan ini dinafikan sendiri oleh Shahrizat apabila saya dan rakan bloggers berkesempatan berbual dan bertanyakan akan perihal beliau difitnah di laman sosial. Beliau menafikan kononnya urusan pemergian beliau ke Tanah Suci dibuat di saat akhir menjelang PRK Kuala Besut.

“Kami sebagai pemimpin Exco tertinggi dalam Wanita, kita nak pergi ke Tanah Suci untuk tanda syukur. Jadi kita tunggu 2 bulan. Kita dah buat tarikh ini lebih awal. Semua dah siap dibooking, lepas tu Allahyarham meninggal dunia..”

Beliau menjelaskan secara terperinci pemergiannya ke Tanah Suci setelah mendapat persetujuan Presiden UMNO, Dato Seri Najib Tun Razak dan pulang lebih awal ke Malaysia kerana niat Nazar sudah diselesaikan semasa mengerjakan Umrah di sana.

Timbul isu beliau sengaja memboikot PRK sebenarnya tidak wujud. Pembangkang hanya cuba menaikkan isu ini semata-mata ingin meraih sokongan wanita kononnya tiada pemimpin Wanita UMNO akan turun memberikan sokongan kepada jentera terutama Jentera Jalinan Rakyat (JR).

Kepada goblok-goblok yang sengaja menyebarkan fitnah ini, bertaubatlah segera. Jangan kerana ingin melaga-lagakan pemimpin dan rakyat, kesempatan diambil daripada hal ini. Rezeki tak berkat tu.


1 comment:

  1. Oh oh blog sape tu dah kena panggil goblok.. Hehehe.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...