Saturday, July 20, 2013

#PRKKualaBesut : Perjuangan Allahyarham ADUN Tetapi Konsep Bakal ADUN #BarisanNasional #KualaBesut @NajibRazak @MuhyiddinYassin @ahmadmaslan @tunfaisal


`Penantian Menjadi Realiti', akhirnya penantian hampir 30 tahun ini akhirnya menjadi satu penantian yang bakal mewarnai kehidupan dan kemajuan berganda buat penduduk Kuala Besut

Ahli Parlimen Besut, Dato’ Seri Haji Idris Jusoh menyifatkan 30 tahun penantian, penantian menjadi realiti berikutan Perdana Menteri meluluskan projek benteng pemecah ombak Kuala Besut."Nelayan sudah pasti bersyukur dan berterima kasih di atas hadiah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) itu. Pemecah ombak yang akan dibina itu sepanjang 1 kilometer menghala ke Pengkalan Atau (utara) dan 1 kilometer ke Pantai Air Tawar (selatan) dan akan menjadi pemangkin ke arah Kuala Besut dan sekitarnya yang lebih maju, pertumbuhan ekonomi dan perniagaan serta kemajuan pelancongan yang pesat.

“Ia ada perjuangan Allahyarham Dr.A.Rahman Mokhtar yang kini menjadi realiti, ia akan menjadi legasi perjuangan Allahyarham”, kata Dato’ Seri Idris ketika berucap di Himpunan Warga Peladang dan Nelayan di Kuala Besut bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebentar tadi.

Menurut Idris, dulu seorang jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran yang telah berfikir untuk berbakti kepada rakyat, membina konsep benteng ini, ia tidak lain ialah Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, calon N01, Kuala Besut dalam Pilihanraya Kecil.


“Benteng dan Kuala Baru ini akan menjana ekonomi rakyat Kuala Besut, akan wujud tanah baru di kawasan ini dan akan wujud kedai-kedai baru, resort baru dan lain-lain.

Di sini akan menjadi gerbang pelancongan antarabangsa, akan meningkatkan peluang pekerjaan dan insya Allah akan wujud di dalam peta dunia,” katanya di sambut dengan laungan Gelombang Biru, Kuala Besut Bertambah Biru.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...