Full Width CSS

#PRKKualaBesut : Polis Tidak Akan Tambah Jumlah Anggota Untuk PRK Kuala Besut #1Malaysia @PDRMsia @NajibRazak @zahid_hamidi


Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menambah jumlah anggotanya bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut walaupun dengan kehadiran pemimpin utama parti yang dijangka bertambah minggu depan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustafa, berkata ketika ini jumlah pegawai dan anggota polis yang ditugaskan bagi mengawal keselamatan serta perjalanan kempen sempena PRK Kuala Besut adalah seramai 3,000 anggota.

Beliau berkata, pihaknya sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang keadaan yang akan berlaku menjelang hari mengundi pada 24 Julai depan.

"Kita sudah wujudkan 20 pondok polis sementara di sekitar Kuala Besut untuk tujuan PRK ini. Ia bertujuan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran lalulintas," katanya ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di sini, hari ini.


Beliau berkata, pemantauan yang dilakukan pihaknya mendapati semua jentera kempen mematuhi syarat permit yang dikeluarkan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada kedua-dua parti bertanding kerana mengadakan ceramah dengan begitu berhemah dan mementingkan keamanan dan kesejahteraan setempat," katanya.

Post a Comment

0 Comments