Full Width CSS

#PRKKualaBesut : Tapak Projek Kg. Layout Bukan Tanah Pembangkang Lah #1Malaysia #TolakPR #TolakFitnah @NajibRazak @MuhyiddinYassin @ahmadmaslan


Berbakul-bakul media siber Pakatan haram membuat pelbagai spekulasi berkenaan projek pangsapuri di Kg. Layout, Kuala Besut yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari yang lepas kononnya status tanah tersebut milik Pembangkang (PAS).

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tampil memberikan kenyataan menafikan bahawa hak milik tanah tersebut bukannya milik PAS seperti yang didakwa tetapi ia merupakan milik kerajaan negeri Terengganu.

Dakwaan bertali arus oleh Cyberstroopers fitnah Pakatan tersebut tidak betul kerana tidak ada 'hitam putih' yang dikeluarkan Pas berhubung hak milik tanah tersebut ketika menerajui Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 yang lalu.
"Itu memang tanah kerajaan. Macam mana nak diambil kembali pula? Pas tak ada hak untuk ambil tanah. Tanah kerajaan, pejabat tanah yang ada kuasa. Kalau ikut Jadual 5A (berkaitan tanah), itu kena bayar harga tanah dulu. Kedua, bayar upah ukur. Ketiga bayar upah tanda sempadan dan keempat bayar cukai untuk tahun pertama.

"Tapi apa yang dilakukan Pas? Dia bagi tanah... JSR (Jawatankuasa Syura Rakyat) pun dia bagi. Kutip RM500, RM1,000 seorang. Borang tak ada. Apa pun tak ada. Selagi geran tu tak bagi pada dia (pemilik tanah), kalau kita bayar macam mana sekalipun ia tetap hak kerajaan.. kerajaan berhak nak tarik balik ke nak tolak ke (permohonan tanah)".

Apa lagi puak-puak PAS ni tak puas hati dengan projek ini?
Bukankah ini projek yang baik dan bagus untuk rakyat Terengganu terutama penduduk Kuala Besut sendiri. Jadi terimalah pembangunan yang terbaru dan terbaik dari kerajaan negeri Barisan Nasional (BN).

Post a Comment

0 Comments