Full Width CSS

#PRKKualaBesut : UMNO Buat Masjid Tak Dia Sendiri Tak Sembahyang? #1Malaysia #TolakPR @ahmadmaslan @tunfaisal


Nik Aziz dalam ceramah kempennya malam tadi menggesa pengundi Kuala Besut memilih parti komponen Pakatan Rakyat (PR) berkenaan, kerana Umno jelasnya menolak Islam dengan memilih semangat kebangsaan.

"Umno tolak Islam ambil kebangsaan, bela orang Melayu boleh bawa ke akhirat ke? Kalau Melayu boleh jamin masuk syurga ke?" katanya.

Nik Aziz dalam ceramahnya juga menegaskan bantuan membina masjid yang dihulurkan Umno menjadikan umat Islam semakin kedekut dan melupuskan budaya menderma.
Kerajaan Kelantan yang pernah ditadbirnya sebelum ini tidak membina masjid, sebaliknya hanya memberikan bantuan kepada pembinaan masjid, supaya rakyat menderma untuk membina rumah Allah itu.

"Umno suruh buat masjid, dia sendiri tidak sembahyang. Umno buat masjid, buat surau orang Kelantan jadi kedekut, cari duit buat rumah, masjid tidak buat. Jahat Umno ini takut cakap benda betul, cakap perkara salah," tambahnya.

Ulasan :

Dakwaan Nik Aziz ni sekadar dakwaan kosong ataupun omong kosong saja kerana beliau bercakap bukan atas fakta ataupun perkara yang benar-benar berlaku.


Sebaliknya beliau berkata hanya kerana menurutkan rasa amarah dan emosi ketika berada di atas pentas. Beliau tidak melihat secara positif segala perkara yang berlaku di sekelilingnya dan dia tidak merasa susah seperti rakyat kebanyakan merasakannya.

Nik Aziz bercakap berkenaan perkara-perkara yang manusia tidak akan nampak hari ini tentang apa yang akan berlaku pada hari Akhirat kelak. Adakah sentimen unsur-unsur Islam akan terus menerus diterapkan dalam setiap ceramah Nik Aziz dan pemimpin PAS hanya semata-mata ingin menjatuhkan kerajaan Melayu @ Islam.

Atau PAS mempunyai kepentingan untuk merosakkan imej Islam hanya kerana pangkat dan darjat.

Post a Comment

0 Comments