Full Width CSS

Punca Budak Mati Tersepit Lif Masih Belum Diketahui #1Malaysia @TengkuAdnanReal #1Malaysia

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) akan menutup satu lif di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, Cheras selama sebulan atau lebih untuk mengkaji punca sebenar kerosakannya sehingga meragut nyawa seorang kanak-kanak semalam.


Timbalan Ketua Pengarah Operasi DOSH Malaysia, Mokhtar Musri berkata, pihaknya perlu menutup lif itu untuk memeriksa secara terperinci kejadian itu dan memastikan lif berkapasiti 22 orang itu benar-benar selamat digunakan.

Setakat ini katanya, tiada punca sebenar diperoleh menyebabkan lif itu jatuh, tersekat dan jatuh semula meskipun pintu telah terbuka."Siasatan dijalankan mengikut pelbagai sudut termasuk melihat sistem operasi lif, penyelenggaraan dan alat-alat keselamatan yang dipasang di situ.

"Setakat ini kita tidak dapat menjuruskan lagi punca sebenar lif itu jatuh menyebabkan kita terpaksa menutup lif tersebut mungkin untuk sebulan atau lebih," katanya ketika ditemui semasa mengadakan ujian keselamatan di PPR itu hari ini.

Sementara itu, Mokhtar ketika ditanya tentang dua lagi lif di blok berkenaan memberitahu, kedua-dua lif itu telah diuji dan selamat untuk digunakan.
Artikel Mengenai Kejadian Di Sini

Post a Comment

0 Comments