Full Width CSS

#RapidKL Lancar Train & Bas Sempena Pertemuan Antara #HarimauMalayaVsBarcelona #MyRapid #1Malaysia


Keterujaan rakyat Malaysia semakin hari semakin membuak apabila buat julung-julung kalinya pasukan bola sepak Barcelona FC akan membuat kemunculan pertama mereka di Malaysia.

Rangka kunjungan Barcelona FC Asian Tour 2013 hanya melibatkan 2 buah negara saja iaitu Malaysia dan Thailand. Kunjungan skuad bola sepak Barcelona FC kali ini ke Malaysia bertujuan sebagai mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014 yang turut disokong dan dibawakan khas oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.


Bagi menambahkan lagi kehangatan dan debaran menanti pertemuan antara barisan skuad Harimau Malaya dengan Barcelona FC pada 10 Ogos 2013 nanti, Prasarana melalui RapidKL telah melancarkan tren dan bas bagi tujuan ini.

Sebagai penyedia pengangkutan rasmi skuad Barcelona FC, RapidKL juga turut mengeluarkan kad tiket khas limited edition pasukan Barcelona FC sebagai cenderahati dan kenang-kenangan pertemuan kedua-dua pasukan kesayangan rakyat Malaysia.


Kad tersebut boleh dibeli di mana-mana stesen LRT & Monorail RapidkL dengan harga RM20 dan mempunyai nilai RM10 di dalamnya.

Prasarana mensasarkan lebih 50,000 peminat dan penyokong kedua-dua pasukan akan menggunakan perkhidmatan LRT ke Bukit Jalil untuk melihat bintang-bintang Barcelona FC feberet mereka beraksi secara lebih dekat.

Jadi jangan tunggu lagi dan lepaskan peluang untuk bersama-sama memberi sokongan kepada pasukan feberet anda.


Post a Comment

0 Comments