Full Width CSS

Bersediakah Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Galas Tanggungjawab? #1Malaysia #PemilihanUMNO @LokmanAdam


Hari ini tidak kurang daripada 5 orang Pemuda UMNO dari seluruh pelusuk Malaysia menawarkan diri bertanding bagi jawatan Naib Ketua Pemuda (NKP) UMNO Malaysia iaitu jawatan yang pernah disandang oleh YB Razali Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pertandingan merebut kerusi 'ganas' Pemuda UMNO hari ini dilihat tidaklah seganas yang disangka. Percaturan demi percaturan dilakukan oleh calon² untuk menonjolkan diri dirasakan sungguh harmoni persaingan tersebut waima ramai yang mengatakan pemilihan kali ini akan lebih agresif.
Soal agresif pada pemilihan ini barangkali boleh digunapakai untuk kerja² kempen calon sahaja sebaliknya apabila calon² ini bertemu atau terserempak sesama mereka, ia bagaikan pertemuan adik beradik yang begitu rapat sehinggakan kadang² yang terjadi 'pasukan sorak' dibelakang mereka pula bermasam muka.

Jika hendak dibandingkan dengan kelayakan pada semua calon yang bertanding, pada pandangan saya semua calon² tadi memang berlayakan. Masing² mempunyai kekuatan dan followers tersendiri tetapi yang membezakan mereka hanyalah persediaan menggalas tanggungjawab tersebut.

Sebagai contoh calon NKP, saudara Lokman Adam yang memegang platform Unit Pidato. Jika dilihat pada track record beliau sepanjang menggalas amanah di dalam unit tersebut memang boleh dikatakan beliau antara individu pertama paling layak bagi memegang kerusi NKP UMNO Malaysia.

Apa persediaan beliau sediakan untuk ahli Pemuda UMNO menilai dirinya. Di bawah ini jawapannya.


Di atas ini adalah salah satu bentuk kempen yang mempunyai nilainya tersendiri dan berunsur klasik. Bagi saya, Lokman Adam telah bersedia sepenuhnya untuk menggalas tanggungjawab sebagai orang kanan & kepercayaan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin kerana beliau lebih awal mengeluarkan sebuah video biodata dirinya untuk diperkenalkan kepada khalayak umum.

Sebagai seorang calon, Lokman Adam meletakkan selling point nya di dalam video tersebut untuk ahli Pemuda UMNO nilaikan & kaji. Inilah persediaan yang saya maksudkan untuk seseorang calon sediakan bagi memudahkan pemilih² mencari calon yang bersesuaian dengan kehendak isi hati mereka.

Secara peribadi, saya sendiri menginginkan calon yang menonjol, berani dan bersuara. Bukan hari ini tetapi 4 tahun yang lepas sepatutnya calon tersebut menunjukkan muka mereka di hadapan khalayak, di atas pentas, di dada² akhbar dan di gelanggang pertarungan bersama pihak lawan. Daripada situ, saya bakal melihat siapakah yang benar² layak untuk duduk di kerusi 'panas' NKP UMNO Malaysia.

Penilaian saya telah bermula selepas Barisan Nasional dilihat goyah pada Pilihanraya Umum 12 yang lalu. Kemudian saya melihat apakah perkembangan gerakan Pemuda UMNO untuk Pilihanraya Umum 13 dan hari ini pula saya akan pastikan pilihan kita untuk gerakan Pilihanraya Umum 14 akan datang tidak disia²kan begitu saja. 

Mengapa saya katakan kerusi panas?
Ada jawapannya pada cerita akan datang.


P/s : buka internet tengok calon..

 

Post a Comment

4 Comments

  1. LOKMAN ADAM CALOM PILIHAN PEMUDA SEBAB DIA BERANI & ADA TELUR TAK MACAM KJ HA HA HA.....

    ReplyDelete
  2. Lokman buat kerja yg lain tak reti buat kerja...

    ReplyDelete
  3. Aku berani cabar kalau ada sesiapa yg sanggup ikut saudara Lokman Adam berceramah dan mengajurkan program keseluruh pelusuk tanahair selama sebulan tanpa henti aku tabik spring kat dia coz aku sendiri pernah ikut mmg terbaik sbg calon NKPUM. Hidup pemuda Umno.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..