Monday, August 5, 2013

Menteri Wilayah Persekutuan Prihatin Nasib Peniaga Bazar #Ramadhan #JalanTuankuAbdulRahman #1Malaysia @TengkuAdnanReal


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang mengeluarkan lesen kepada penjaja bergerak haram di ibu negara dalam usaha memastikan aktiviti jualan itu lebih terkawal.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah tersebut juga bagi memantau penglibatan warga asing yang kebanyakan daripada mereka menjaja secara bergerak menggunakan troli. Menurutnya, permohonan lesen itu akan ditawarkan kepada para penjaja terutama di kawasan-kawasan tumpuan seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India.
"Kita bukan tidak membenarkan golongan ini (peniaga tempatan) menjaja secara bergerak tetapi beberapa syarat perlu dipatuhi termasuk lokasi dipilih tidak mengganggu lalu lintas,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan sesi turun kali kedua sekitar Jalan TAR dan Jalan Masjid India, di ibu negara hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja DBKL, Rolan Abdul Rahman.

Tambah Tengku Adnan, DBKL juga menggunakan kaedah berbeza pada tahun ini dengan memberi nasihat atau amaran terlebih dahulu kepada penjaja bergerak tersebut.

"Namun, kita tidak membiarkan sahaja mereka selepas diberi amaran, kerana saya pesan kepada penguat kuasa agar nasihat dahulu dan kalau masih berdegil baru tindakan diambil.

"Sejak awal Ramadan lalu, sebanyak 43 peniaga telah dikenakan tindakan kerana tidak mempunyai lesen selepas berkali-kali diberi amaran" ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Tengku Adnan turut memuji penganjur dan para pegawai DBKL yang menjalankan tugas bagi memastikan tidak ada peniaga tempatan mengambil peluang meng'alibaba' lesen kepada warga asing.

"Lawatan hari ini susulan daripada tinjauan pertama saya tempoh hari untuk memastikan penganjur mematuhi segala arahan yang diberikan.

"Saya dapati mereka akur agar jangan disewa kepada orang asing, kecuali hanya seorang peniaga tempatan dikenakan tindakan sita selepas didapati menyewa petak niaga kepada warga asing,"katanya.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...