Saturday, August 10, 2013

Pak Lah Tidak Hargai Orang-Orang UMNO #1Malaysia #PakLah


Hangat orang dok kata sana sini pasal buku bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi yang bakal dilancarkan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah merangkap anak perempuan kepada Anwar Ibrahim.

Buku yang diberi judul Awakening – the Abdullah Badawi Years in Malaysia akan dilancarkan pada 30 Ogos ini di Singapura.

Pelbagai persoalan dilontarkan oleh rakyat yang terkeliru dan tidak faham dengan situasi yang berlaku pada hari ini di mana buku yang menceritakan perjalanan politik Pak Lah akan dilancarkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai yang sememangnya bukan daripada ahli UMNO mahupun Barisan Nasional (BN).Apakah tiada orang lain yang begitu sesuai di dalam UMNO & BN untuk menjadi tetamu kehormat bagi melancarkan buku mantan Perdana Menteri Malaysia ke 5 ini?

Apakah Pak Lah merasakan semua orang di dalam UMNO & BN tidak pernah menghargai jasa beliau semasa memegang tampuk pemerintahan negara?

Sekiranya betullah apa yang dikatakan di atas, maka saya merasakan Pak Lah telah membuat percaturan yang salah dan tidak tepat pada masa dan keadaan hari ini. Mungkin sesetengah pihak beranggapan jemputan khas kepada Wakil Rakyat yang bersama menyetujui perjuangan Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT) ini sekadar penghormatan dan penghargaan sesama sendiri.


Tetapi adakah ianya sesuai dengan keadaan politik hari ini di mana UMNO sendiri hampir tersungkur dek kerana penangan mereka yang berada di bawah payung PKR yang tidak pernah henti-henti menghentam dan menjatuhkan kredibiliti pemimpin di dalamnya dengan pelbagai dakyah serta fitnah. Tiba-tiba pula, hari ini PakLah merestui anak bekas banduan untuk melancarkan buku tersebut.

Saya percaya mungkin buku tersebut, bukanlah keluaran 100% daripada Pak Lah dan bukannya Pak Lah yang menulis buku tersebut. Tetapi sebagai tuan empunya cerita dan kisah di dalam buku tersebut, beliau sepatutnya berhak membuat keputusan untuk mengatur siapa manusia yang sesuai untuk melancarkan buku tersebut bagi pihak beliau.

Andai Pak Lah meletakkan cucu nya sendiri untuk melancarkan buku tersebut, nescaya takda siapa yang akan membantah keputusan ini dan ia akan kelihatan lebih kekeluargaan dan mesra. Mungkin jika beliau mengatur pelancaran tersebut dirasmikan oleh ahli keluarga beliau yang hebat-hebat hari ini pun lagi bagus.

Sebagai pemimpin UMNO, beliau tidak seharusnya membuat keputusan yang boleh mengguris hati dan perasaan ahli UMNO yang bersungguh-sungguh mempertahankan Melayu dan Islam di sini.

3 comments:

  1. Kalau aku jadi paklah aku keluar UMNO dan hentam Pemimpin UMNO dan TUN Mahatir cukup cukup....Lagi pun orang orang UMNO dah tak hormat PakLah lagi ...Merika semua termakan hasutan Mahatir ......Tingalkanlah UMNO biar Mahatir seorang .....lantak dialah nak buat apa pun ......Setiap kali mahatir bercakap mesti nak burukan TUN dolah ....boring la dengar......Macam lah najib tu bagus sangat.....kalau aku ada kuas aku dah buang Najib ni ........tak ada vison langsung .....merapu meraban tak tentu hala.......Tranfom konon porah....

    ReplyDelete
  2. article yg bagus, tapi kita sebenarnya mungkin dah terlupa cerita pasal azeez rahim, dia tak layak terajui tabung haji. soal degree beli tu bukan isu besar sgt ,masalahnya kita tak mau orang kaki sakau lead tabung haji, azeez tolong letak sendiri jawatan dlm tabung haji sebelum ko diterajang rakyat. buat macam2 program masyarakat, ekspedisi bantuan itu dan ini , rupanya ada udang di sebalik batu, peruntukkan berapa? berapa banyak lagi yg azeez sapu??? pasal kegiatan x senonoh lain tu... takkanlah nak tunggu sampai org campak gambar??

    ReplyDelete
  3. Orang orang umno memang bebal....eloklah pak lah tingalkan UMNO ....Biarkan mahatir seorang ....

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...