Full Width CSS

#PEMILIHANUMNO : Pilih Calon Seperti Memilih Wakil Rakyat


Barangkali ada di antara ahli UMNO masih belum membuat keputusan mahu memilih siapakah calon yang benar-benar berkelayakan bagi menggalas kerusi ‘empuk’ UMNO.

Bagi saya sendiri, masih lagi belum menetapkan siapakah calon yang benar-benar berkelayakan memegang kerusi-kerusi penting di dalam kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian & Malaysia. Bukan mahu menunggu diri ini dilobi tetapi saya masih lagi menunggu senarai penuh calon yang dirasakan berkelayakan untuk dipilih.
Bagi sesetengah calon, mereka mengandaikan dengan hanya bertemu dengan wakil-wakil cawangan & bahagian saja cukup untuk memberikan pulangan yang terbaik kelak. Namun sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh calon-calon ini ialah kempen yang sesuai untuk menjamin kemenangan & menjadi pilihan nanti.

Setiap calon perlulah meluahkan secara terbuka selling point / manifesto mereka bagi meyakinkan ahli yang bakal membuat pilihan pada masa akan datang. Perlu adanya juga apakah bentuk jaminan buat ahli UMNO secara keseluruhannya. Ahli UMNO perlu tahu mengapa si calon inginkan kerusi tersebut, adakah berdasarkan keuntungan peribadi ataupun keuntungan bersama.

Memilih calon pemimpin UMNO hari ini ibarat memilih Wakil Rakyat bagi sesuatu Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun Parlimen.

Kesilapan membuat keputusan hari ini bakal meranapkan UMNO pada masa akan datang dan berkemungkinan akan memberi kesan yang negatif pada Pilihanraya Umum 14 kelak. Calon yang dipilih perlulah di kalangan mereka yang benar-benar buat kerja semasa tempoh ‘shock’ Barisan Nasional (BN) sepanjang 2008 – 2013.

Ahli UMNO perlu mengabaikan calon yang mempunyai kepentingan tersendiri dan mempunyai rekod buruk sebelum ini. Jangan dipilih biawak hidup yang pastinya akan gagal memberikan kepuasan kepada ahli UMNO. Dan yang paling penting, jangan diberikan peluang kepada mereka yang pernah merosakkan nama UMNO sebelum ini dan kita sebagai ahli UMNO terpaksa pening kepala & bertungkus lumus menjawab kritikan Pembangkang.

P/s : baling dart pada gambar pemimpin UMNO yang menyusahkan..

Post a Comment

0 Comments