Wednesday, August 28, 2013

Pulau Pinang Haramkan Tayangan Tanda Putera #1Malaysia #TandaPutera


Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meminta pawagam di negeri itu tidak menayangkan filem 'Tanda Putera' yang dijadualkan ditayangkan di seluruh negara mulai esok.

Exco Kerjaan Negeri, Chow Kon Yeow, yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan, dan oleh itu juga ke atas lesen pawagam, berkata, pihaknya akan mengeluarkan permintaan bertulis hari ini.
"Kami tidak mempunyai kawalan ke atas kandungan filem itu, (yang merupakan prerogatif) Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia).

"Bagaimanapun, memandangkan sifat sensitif filem itu, kita mengarahkan kedua-dua pihak berkuasa tempatan (di Pulau Pinang dan Seberang Perai) untuk menulis meminta kerjasama pawagam tidak menayangkan filem itu," katanya dalam satu sidang akhbar.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...