Sunday, August 4, 2013

Sabar Nazri Aziz Ada Had Nya, Mungkin Lepas Ni Namewee Akan Kena Penampar #1Malaysia #TolakPR


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz membidas penyanyi rap, Wee Meng Chee atau Namewee kerana memaki-hamun pelbagai pihak berhubung penangguhan filem The New Village dalam video yang dimuat naik ke laman YouTube Khamis lalu.

Dengan nada tegas, beliau mengingatkan Namewee bahawa dia tinggal di sebuah negara berbilang kaum yang penuh dengan sensitiviti yang perlu dihormati."Saya pun hendak hentam dia habis-habisan. Dia budak yang tidak tahu sejarah, budak yang bodoh, berhingus dan tidak faham tentang sejarah negara kita. Hidup dalam sebuah negara berbilang kaum, kita harus mengambil kira sensitiviti dalam negara.

"Dia kena ingat, polis dan angkatan tentera membela negara kita. Jangan esok kalau apa-apa berlaku kepada dia, polis tidak mahu ambil tindakan, dia marah pula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri Peringkat Parlimen Padang Rengas, di sini hari ini.

Namewee dalam video terbarunya berjudul 017 Double Standard dan berdurasi selama lima minit 23 saat, mempersoalkan tindakan kerajaan menggantung tayangan filem The New Village, untuk dinilai oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Penyanyi rap itu juga sebelum ini pernah memuat naik klip video mencerca dan menunjukkan isyarat lucah yang ditujukan kepada pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor serta klip video Negarakuku yang menghina lagu kebangsaan dan laungan azan subuh.

Pengarah filem Nasi Lemak 2.0 itu turut mempersoalkan penahanan pasangan lucah, Alvin Tan dan Vivian Lee yang didakwa mempersendakan bulan Ramadan dan menghina umat Islam.

Mohamed Nazri turut memberi amaran kepada Namewee supaya tidak terlalu gembira dan begitu mudah lepas cakap kerana ada benda-benda sensitif di negara ini yang tidak difahami negara Barat.

Sebagai contoh, katanya, perbuatan memukul kepala lembu mungkin boleh diterima di Barat tetapi tidak kepada penganut agama Hindu di negara ini kerana binatang tersebut dihormati oleh mereka.

"Jadi, jangan guna nilai negara China yang mereka makan apa sahaja di sini. Kalau belajar di Taiwan, jangan bawa budaya Taiwan datang ke sini untuk hidup di negara kita.

"Dia kena ingat, dia hidup di Malaysia, jangan ingat kebebasan bersuara tidak ada hadnya. Orang boleh bertolak ansur tetapi dia kena ingat, Malaysia ini negara berbilang kaum," katanya.

Mohamed Nazri berkata, beliau tidak akan mempertahankan Namewee lagi selepas ini sekiranya lelaki tersebut sudah melampau.

"Kita manusia, mesti tahu menghormati pandangan dan sensitiviti orang. Apa untung kamu buat macam itu, nanti penumbuk naik ke muka cari polis juga," ujarnya.

1 comment:

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...