Full Width CSS

SPR Berani Tak Nak Tukar Dari Dakwat Kekal Kepada Biometrik #1Malaysia


Sistem biometrik perlu dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 bagi menggantikan penggunaan dakwat kekal yang disifatkan ketinggalan zaman dan sering dijadikan sasaran tohmahan pakatan pembangkang.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Jamilah Sulaiman berkata, penggunaan sistem biometrik berupaya menangkis fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap proses pilihan raya umum sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.

"Sistem berteknologi tinggi ini dapat merekodkan maklumat pengundi selari dengan sistem yang digunakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan mengenal pasti sama ada seseorang itu pengundi sah atau pengundi hantu," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 di Dewan Negara hari ini.

Beliau turut mencadangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menggunakan sistem biometrik untuk mengesan penjenayah, pendatang asing tanpa izin dan pengganas.

Dalam pada itu, Noriah meminta Kementerian Kesihatan menyiasat insiden seorang pelancong warga Taiwan yang didakwa lewat menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah minggu lalu.

Menurut beliau, pelancong terbabit telah dihantar ke hospital berkenaan selepas terlibat dalam kemalangan semasa menunggang bot pisang di sekitar pantai Kota Kinabalu.

"Malangnya, setelah menunggu hampir dua jam, beliau tidak dirawat dan akhirnya terpaksa dibawa ke sebuah klinik swasta," ujarnya.

Noriah memberitahu, insiden sebegitu dikhuatiri boleh memberi tanggapan negatif kepada pelancong lantas memberi imej buruk kepada kerajaan dan negara.

Post a Comment

1 Comments

  1. Setuju ... SPR sepatutnya guna info yg ade pada MYKAD ... BUKAN ... ikut cara dunia ketiga.

    Memang PR suka guna dakwat kekal ... sebab mereka nak beritahu dunia Malaysia ni masih lagu tahap dunia ketiga dan tidak ade kemajuan langsung.

    Yg menteri-menteri pun tak fikir ke ... ikut je telunjuk PR tu.

    Nani

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..