Full Width CSS

Teksi Exora Untungkan Kroni? #1Malaysia @aduanSPAD @SPADChannel @SPADnews


Program yang telah dibuat oleh pihak SPAD adalah untuk menguntungkan KRONI akan tetapi banyak jugak pihak yang menyokong tanpa usul periksa kerana poket dipenuhi wang hingga mulut terkunci. Kalau nak menipu pun agak-agaklah at list ambil jugak pandangan dari akar umbi pemandu teksi itu sendiri.

MKP sempat bersembang dengan pemandu teksi ketika menuju ke tempat makan waktu bersahur hujung minggu lepas. Pada mulanya agak terkejut jugak riaksi kurang senang pemandu teksi berkenaan. Agak mahal la abang sewa harian yang telah ditetapkan oleh pihak SPAD sehari rm80. Sedangkan ketika ini sewa harian hanyalah sebanyak rm40 sehari oleh pihak konsortium. Perjanjian itu pulak selama tujuh tahun...MKP pun membuat perhitungan jika sehari pemandu perlu membayar sewa sebanyak rm80 jumlah sebulan adalah rm2,400. Jika dikira selama 7tahun adalah 84 bulan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh pemandu adalah rm 201,600 . itu adalah harga kereta mewah der........ Sapa yang mengaut keuntungan.. Sedangkan harga sebuah EXORA hanya 69,168.00 harga diatas jalan.. mana selebihnya rm130 ribu...

TEKS1M adalah inisiatif yang dilaksanakan melalui kerjasama antara SPAD dan Proton di bawah program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA).

Baguih punya PROTON dan SPAD buat Harta....Sebanyak 1,000 Teksi 1Malaysia (Teks1M) akan dikecualikan daripada membayar fi pemeriksaan awal di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bernilai RM70. Kalau dah kaut untung sebanyak itu setakat rm70 tue apa ada...

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan di sini hari ini, pengecualian itu susulan permohonan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).

Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian 1,000 permit teksi individu di bawah program Teks1M dalam usaha kerajaan menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam selain meningkatkan pendapatan pemandu teksi di negara ini.

Ini bukan nak menyenangkan rakyat akan tetapi menyusahkan rakyat.... So MKP minta penjelasan dari pihak SPAD mengenai butiran yang dinyatakan... Benda betul kena tegur...Takkan nak hilangkan undi pemandu teksi pada PRU-14 nanti.....Fikirkan.

Sumber : MKP

Post a Comment

3 Comments

  1. Mana enkorang dengar citer mengarut nih,check betul-betul fakta tu. Pemandu mengambil pinjaman dengan bank seperti mengambil pinjaman kereta yang lain & di bayar ke bank. Selepas tujuh tahun, kereta milik pemandu & jumlah yang di bayar adalah sama seperti orang ramai. SPAD tak dapat sesen pun kecuali pembaharuan permit setiap 7 tahun & pembaharuan kad pemandu setiap tahun (rm10 setahun).Nak kena saman dengan SPAD nih.

    Bakal pemandu TEKS1M

    ReplyDelete
  2. Pemandu teksi ni banyak jenis...

    Yang mengambil habuan tetapi masih dok sokong fuckatan tetap akan kutuk apajua nikmat dan rahmat yang diberikan. Mereka inilah golongan kufur ingkar luar lain dalam lain.

    Yang tahu bersyukur akan terus berusaha kerana percaya rezeki tidak akan datang bergolek hanya dengan maki hamun tetapi dengan usaha bersungguh-sungguh.

    ReplyDelete
  3. Ye ke rm80 sehari??suami saye pnerima program ni..kna byr rm30 je shari..kete outo..
    mne dpt info kna byr byk mcm tu??
    Tlg jgn mmbuat knyataan ikot sdp mulut.
    pastikn ape yg awak nyatakn tu btol,bru publish.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..