Full Width CSS

Lebih 10,000 Orang Bakal Memeriahkan Pelancaran #YayasanEhsanSeputeh @NajibRazak @TengkuAdnanReal @HishammuddinH2O @MohdShafieApdal @razlanrafii


Malam ini akan berlangsung satu majlis pelancaran Yayasan Ehsan Seputeh (YES) yang akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Razak.

Dijangkakan lebih 10,000 orang akan membanjiri majlis tersebut yang akan diadakan di Taman Tema Air, Desa Waterpark, Taman Danau Desa, Kuala Lumpur pada jam 8.00 malam.

Untuk makluman, YES telah ditubuhkan lebih 1 tahun yang lalu dengan matlamat dan objektif utamanya ialah untuk menjadi organisasi yang proaktif dan berperanan untuk menstranformasikan kehidupan masyarakat di Seputeh ke satu tanda aras yang boleh dibanggakan.

YES menfokuskan tiga keutamaan perancangannya iaitu pendidikan, kesihatan dan kebajikan.

Untuk itu, YES telah sedia menjalinkan kerjasama dengan beberapa organisasi yang bertanggungjawab dalam usaha untuk menjaga kebajikan rakyat iaitu KPJ Healtcare Berhad dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia.

Dengan kerjasama ini, dapat membuka mata banyak pihak akan kepentingan kebajikan kepada masyarakat secara umumnya di seluruh Wilayah Persekutuan.

YES berharap dengan bantuan dan sokongan yang diberikan dapat menjadikan kehidupan dan kepimpinan hari ini sebagai satu ibadah dan fardhu kifayah buat seluruh umat Islam yang ikhlas melakukan amal.


Mewakili Yayasan Ehsan Seputeh (YES), saya menjemput para pembaca dan orang ramai untuk menghadiri majlis pelancaran YES dan jamuan sambutan Aidilfitri seperti butiran di bawah.

Tarikh : 14 September 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Utama Desa Waterpark, Taman Danau Desa, Kuala Lumpur
Perasmi : YAB Dato' Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak - Perdana Menteri Malaysia

Lebih 30 buah gerai makanan dan buah²an disediakan untuk orang ramai yang hadir.

Majlis pada malam ini juga akan diserikan dgn persembahan bunga api, persembahan artis Datuk Hattan, Datuk Khatijah Ibrahim, Malaysia Drum Symphony, artis Kebudayaan dan ramai lagi.



Jom bersama² memeriahkan lagi majlis pelancaran pada malam ini.

Post a Comment

1 Comments

  1. sudah2 la najib... kau nak rakyat berjimat, kau sendiri pun boros buat majlis besar-besaran (mungkin sanggul rosmah besar). Tgku Adnan gendut ni mana la pernah ziarah melayu kawasan lembah pantai. Yayasan ni nak ambik hati cina kat seputeh ke? lupakan la najib, cina-cina ni takkan sokong kau dah. Tinjau2 la kawasan jalan klang lama, dah macam hongkong low class. Pak polisi yang dah makan suap dengan chinadoll dari rumah2 urut. Sudah2 la najib.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..