Full Width CSS

#PemilihanUMNO : Kematangan Politik Pemuda UMNO Bandar Tun Razak @NajibRazak @MuhyiddinYassin @TengkuAdnanReal @rizalmanmokhtar @KhairyKj


Sabtu lepas merupakan hari pencalonan bagi Pemilihan UMNO 2013. Majlis pencalonan berlangsung dengan serentak di seluruh Malaysia dan melibatkan lebih 3,000 orang ahli UMNO mendaftarkan diri sebagai calon bagi menggalas tanggungjawab di peringkat UMNO Bahagian & Kebangsaan.

Begitu juga situasinya di dalam perebutan menjawat kerusi Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak yang sekarang ini masih disandang oleh YBhg Datuk Rizalman Mokhtar merangkap Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan. Jawatan ini tidak akan digalas lagi pada musim akan datang kerana Rizalman telah mencapai had umur yang ditetapkan oleh Perlembagaan parti.

Melihatkan kerusi Ketua Pemuda UMNO yang akan dikosongkan pada Persidangan Pemuda akan datang, seramai 5 orang calon menawarkan diri bagi menjalankan amanah yang jauh lebih mencabar dan sudah pastinya pembawakan mereka hendaklah lebih terbaik daripada Datuk Rizalman.

Antara calon yang menawarkan diri & telah menghantar borang pencalonan ialah ;-

1. Rhyme Yahaya
2. Shahilan Zuki
3. Mohd Amir Abd Halim
4. Joha Sallehuddin
5. Mohd Rozaimi Othman

Saya percaya kelima² orang calon di atas merupakan individu yang layak kerana dari segi syarat bertanding haruslah menjadi ahli selama 3 tahun dan kelima² calon di atas juga merupakan individu² yang pernah turun padang selama tempoh berkempen Barisan Nasional (BN) sepanjang tempoh 'kemurungan' dari tahun 2008 sehingga PRU13 yang lepas (May 2013).

Namun sesuatu di luar jangkaan apabila 2 orang calon antara terbaik yang lahir dari AJK Pemuda UMNO Bandar Tun Razak ini menarik diri kurang daripada tempoh 72 jam yang diwartakan oleh Perlembagaan parti untuk tujuan tersebut. Mereka adalah ;-

1. Rhyme Yahaya
2. Mohd Amir Abd Halim


Berikut print screen daripada kenyataan personal account Datuk Rizalman Mokhtar.
(Kiri : Rhyme, Shahilan, Datuk Rizalman dan Mohd Amir)

Permuafakatan antara faktor yang menjadi kekuatan kepada ikatan Pemuda UMNO ini yang diibaratkan seperti adik beradik. Memberi ruang dan peluang kepada yang terbaik antara mereka.

Saya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang positif dan lebih kepada memperkuatkan pergerakan Pemuda UMNO itu sendiri. Kekuatan dan permuafakatan ini dikumpulkan lebih awal sebagai usaha untuk mempercepatkan proses yang dipanggil ice breaking bermusim di mana kebiasaannya selepas pemilihan, usaha untuk merapatkan dan menemukan titik persamaan antara 'kumpulan²' yang bertanding ini mengambil masa sedikit berbanding usaha untuk meleraikan ikatan brotherhood sebelum ini.

Barangkali semangat seperti ini jarang sekali dilihat dibawa bersama semasa musim pemilihan namun inilah sedikit transformasi yang cuba diperlihatkan di hadapan ahli² UMNO Bandar Tun Razak khususnya bagi membuktikan kesepakatan sebegini lebih bermanfaat berbanding bermasam muka sebelum dan selepas Pemilihan UMNO 2013 ini.

Apa² pun, Pemuda UMNO Bandar Tun Razak akan diperlihatkan pertandingan 3 penjuru antara.

Shahilan Zuki vs Joha Vs Rozaimi

P/s : Kan best kalo boleh diadakan debat antara 3 orang calon ni, ker dah boleh diadakan?

Post a Comment

0 Comments