Friday, September 20, 2013

#PemilihanUMNO : Mohon Usul Ini Dibawakan Ke Bahagian Masing-Masing #1Malaysia @NajibRazak @MuhyiddinYassin @TengkuAdnanReal @RazlanRafii


Menjelang hari-hari menuju ke Pemilihan UMNO peringkat Bahagian di seluruh Malaysia, saya yakin dan pasti ramai kalangan ahli UMNO juga tidak sabar untuk memilih dan melihat siapakah calon yang berkelayakan berada di kerusi pimpinan parti keramat ini.

Namun seperkara yang mungkin para perwakilan sedikit alpa adalah berhubung apakah usul-usul yang mahu dibentangkan pada persidangan kali ini di peringkat Bahagian dan Nasional. 

Mungkin usul di bawah ini boleh digunapakai oleh Perwakilan untuk dibentangkan pada persidangan kali ini mengenai permohonan MyKad oleh anak-anak yang sudah berusia 12 tahun dan juga permohonan taraf kewarganegaraan oleh orang luar.
Usul ini sedikit berbeza tetapi ianya amat menarik dan mungkin boleh digunakan untuk masa depan negara tercinta. Ikuti usul terbuka di bawah oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, saudara Razlan Rafii

Dalam kesibukan Parti Terbesar Negara iaitu UMNO di musim permilihan ini, jangan kita terlupa akan perjuangan isu/Usul yang harus kita bawa kepada mesyuarat Agung yang akan datang agar intipati perjuangan untuk memartabatkan bangsa dan Agama dapat terus harum dalam perjuangan UMNO. Jangan biarkan keghairahan kita mengejar jawatan sehingga terlupa asas perjuangan.

Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh sudah habis mesyuarat Pemuda cawangan-cawangan pada 7hb September,1 minggu awal dari tarikh yang ditetapkan, ini adalah kerana kami mempunyai program yang besar untuk dilancarkan pada 14hb September iaitu perlancaran Yayasan Ehsan Seputeh.

Menyedari keputusan pada Pilihanraya ke 13, Seputeh telah mengalami satu Thusanami Cina yang membawa kepada menolakan secara total orang cina kepada parti BN. Kita buatlah apa program sekalipun, seolah-olah mereka melayan BN seumpama tidak berbudi dan bersalah besar kepada bangsa mereka.


Di peringkat Pemuda Cawangan, kami sudah membawa usul agar Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi Negara agar dimartabatkan sebagai bahasa pengatara secara realiti dalam kehidupan segenap lapisan rakyat Malaysia, tidak kira bangsa atau agama.

Banyak perkara asas kenegaraan di Malaysia longgar akibat daripada tidak mempunyai sistem memperkasa Bahasa di kuatkuasakan. Jelas kita melihat, di Iklan-iklan dan papantanda, kebanyakan sudah mula menggunakan bahasa selain Melayu sebagai bahasa utama.

Orang Malaysia pula banyak pilihan untuk tidak menggunakan Bahasa Melayu bagi menjalani kehidupan di Negara mereka sendiri, mereka boleh memilih bersekolah di Sekolah Swasta dan terus ke Universiti langsung bekerja dan berniaga tanpa menggunakan bahasa Melayu.

Kalau seseorang itu mahu menjadi warganegara sesebuah negara, asas mereka untuk memperolehi status penduduk tetap adalah menguasai bahasa Negara itu. Agak janggal juga di Malaysia, ramai rakyatnya tidak fasih berbahasa Melayu walaupun mereka rakyat Malaysia.

Tindakan pihak kerajaan menaikkan masa pembelanjaran kepada Bahasa Melayu amat kita sokong, namum masih ada ruang yang luas untuk rakyat Malaysia memilih kaedah lain untuk mendapatkan pendidikan di Swasta.

Jesteru itu, kami di pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, mencadangkan agar setiap anak Malaysia yang mahu mendapat Kad Pengenalan iaitu cukup umur 12 tahun untuk di temuduga, mereka harus fasih berbahasa Melayu, mengetahui asas negara Malaysia dan sedikit sebanyak berpengetahuan dalam Institusi Raja-raja sebagai ketua negara sebelum mereka mempunyai Kad Pengenalan sebagai rakyat Malaysia.

Peraturan ini memang agak sukar dilaksanakan kerana kemungkinan ia melibatkan kelulusan di Parlimen, namum sebagai rakyat Malaysia tidak mengira kaum, kita kene bersatu hati untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia.

Kita sebagai rakyat Malaysia tidak ada pilihan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai darah daging kita, kerana kita adalah anak Malaysia. Terdapat cadangan-cadangkan untuk menjadikan Bahasa English sebagai bahasa perpaduan seperti di Singapura, rakyat Malaysia tidak kita Cina, India, atau Melayu, seharusnya bangkit untuk menentang, kerana kita anak Malaysia.

Selamat Hari Malaysia!

Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.

Sumber : Suara Razlan's

Saya percaya apa yang diusulkan oleh saudara Razlan ini ada betulnya dan kita sebagai perwakilan harus mulai menilainya agar kesilapan pada masa lepas tidak berulang kembali pada tahun-tahun mendatang.

Keyakinan dan keikhlasan membahaskan usul ini memungkinkan ianya digunapakai oleh pihak Kerajaan demi menjaga maruah negara daripada terus dipermainkan serta diperkotakkatikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai kepentingan sendiri.

Sekali lagi, saya berharap sekiranya usul ini dibawakan oleh para perwakilan untuk dibahaskan dan dikemukakan ke peringkat atasan agar ianya menjadi perhatian dan secara tidak langsung ianya dapat dilaksanakan nanti.

P/s : dalam lagu Negaraku & Rukun Negara terselit rasa cintakan tanah air.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...