Friday, September 20, 2013

SPR Jangan Duduk Kecutkan Teloq #1Malaysia


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar laporan palsu mengenai kewujudan pengundi hantu warga Bangladesh dan insiden gangguan bekalan elektrik dalam pilihan raya umum lalu.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim berkata, tindakan tegas itu penting sebagai pengajaran kepada pihak terbabit serta pihak lain supaya tidak sewenang-wenangnya menyebar fitnah sehingga menjejaskan imej negara.

Menurut beliau, SPR tidak sewajarnya memandang remeh pembohongan itu atas alasan tidak mahu melayan kerenah pembangkang kerana tuduhan yang dibuat adalah serius."Ini soal kewibawaan sebuah badan yang berintegriti. Kita kesal kerana tuduhan itu boleh menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap SPR sebagai pengendali pilihan raya umum," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang tidak bercadang mengambil tindakan terhadap pemimpin Pas dan DAP ekoran dakwaan wujud pengundi hantu sebanyak 40,000 warga Bangladesh dan insiden bekalan elektrik terputus dalam pilihan raya umum lalu.

Penipuan pembangkang berhubung isu itu terbongkar selepas pemimpin DAP dan Pas sendiri mengakui insiden tersebut tidak benar.

Dalam pada itu, Ruslan melahirkan rasa kesal dengan tindakan Wan Ahmad yang tidak mahu mengambil tindakan terhadap pembangkang yang disifatkan beliau menunjukkan seolah-olah SPR mengakui kebenaran dakwaan tersebut.

"Dakwaan itu menyebabkan segelintir rakyat mempercayainya dan mengecam SPR, maka adalah tidak wajar untuk SPR berdiam diri,"

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...