Monday, September 30, 2013

Tanah Adat Mandailing Jadi Port Main? @PDRMsia

Gambar Hiasan
Seorang perogol bersiri yang licik memperdayakan mangsa bagi memuaskan nafsunya, akhirnya tumpas apabila dia diberkas polis, semalam.

Lelaki berusia 27 tahun yang masih bujang itu ditahan di rumahnya di Taman Batu Gajah Perdana di sini pada pukul 3.45 petang.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, modus operandi suspek adalah menyasarkan wanita yang mengalami masalah seperti kemalangan dan tayar motosikal dengan berpura-pura menghulurkan bantuan kepada mangsa.
Suspek kemudian katanya, akan mempengaruhi mangsa untuk ke sebuah lokasi dengan membonceng motosikal yang ditunggangnya sebelum dibawa ke tempat sunyi berhampiran Tanah Adat Mandailing bagi melampiaskan nafsu.

"Lelaki ini ditahan bagi membantu siasatan dua kes rogol dan dua kes cubaan merogol yang dilaporkan di sekitar pekan ini dari tempoh 11 hingga 28 September lalu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah di sini hari ini.

Shaharon Anuar berkata, pemeriksaan di rumah suspek menemukan sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda yang digunakannya selain jaket hitam, jaket keselamatan polis, sepasang kasut kulit dan sebuah telefon bimbit.

Tambahnya, dalam kejadian pertama pada pukul 9.50 malam, 11 September lalu, seorang pekerja kedai kasut berusia 14 tahun hampir menjadi mangsa rogol suspek.

Beliau berkata, mangsa yang sedang berhenti untuk mengepam angin tayar motosikal di sebuah stesen minyak di Taman Pusing di sini diberitahu suspek kononnya tayar motosikalnya telah bocor dan perlu dibaiki.

"Suspek berpura-pura mahu membantu dan meminta mangsa membonceng motosikalnya untuk mengambil stok tayar baharu di sebuah bengkel membaiki motosikal di Taman Tasek di sini.

"Tetapi mangsa dibawa ke kawasan sunyi di persimpangan ke Tanah Adat Mandailing, gadis tersebut yang mengesyaki sesuatu tidak kena telah bertindak nekad melompat dari motosikal untuk menyelamatkan diri," katanya.

Shaharon Anuar berkata, kejadian kedua pada 21 September lalu melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun yang diliwat di sebuah kawasan belukar di Kota Bahru, Gopeng di sini.

"Dalam kes ketiga pada pukul 9.30 malam, Rabu lalu pula, suspek merogol seorang pelajar perempuan tingkatan lima juga di Tanah Adat Mandailing," katanya.

Dalam kejadian terakhir semalam pula, Shaharon Anuar berkata, lelaki itu cuba memperkosa seorang wanita berusia 30 tahun yang turut dibawa ke kawasan sunyi berhampiran Tanah Adat Mandailing tetapi gagal.

Shaharon Anuar memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 376, Seksyen 377 (c) dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan kerana merogol, melakukan persetubuhan luar tabii tanpa persetujuan dan cubaan memperkosa.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...