Full Width CSS

Air Penuh Di Empangan, Pekan Sungai Bertam Cameron Highlands Ditimpa 'Tsunami' #1Malaysia @NajibRazak


Ini adalah gambar yang diterima oleh beberapa kenalan yang berada di pekan Sungai Bertam berhampiran Cameron Highlands hari ini.

Satu pintu empangan telah dibuka bagi mengelakkan empangan Sultan Abu Bakar, di Ringlet Cameron Highlands daripada pecah tetapi sesuatu yang tidak dijangka berlaku apabila air yang dilepaskan telah melimpahi bak tsunami di pekan tersebut.

Menurut sumber, air dilepaskan secara berperingkat iaitu pada jam 1 pagi kemudian jam 2 pagi. Tetapi untuk kali kedua, air tidak dapat dikawal sehingga menyebabkan berlaku limpahan luar kawalan.


Pihak Jabatan Bomba & Penyelamat telah mengesahkan 4 orang maut dan 200 orang lagi masih hilang. Pihak Bomba dan keselamatan telah dikerah bagi membantu mangsa² yang memerlukan bantuan kecemasan ini.

Post a Comment

0 Comments