Full Width CSS

#GSTMalaysia : @AnwarIbrahim Sendiri Setuju Dengan Pelaksanaan #GST, Puak Pakatan Hamlau Terdiam #1Malaysia


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai April 2015 merupakan sistem cukai yang efisyen namun beliau menggesa kerajaan mengambilkira beberapa faktor sebelum melaksanakannya.

“Saya akui memang saya pernah bersetuju dengan pelaksanaan GST pada 1993 ketika Tun Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan. Ketika saya ambil alih Kementerian Kewangan pada 1998, saya tidak pun laksanakan GST kerana kita ada catat lebih kecil pendapatan.“Justeru, tak perlu kita apologetik, sekarang pun saya setuju dengan GST. GST memang masih efisyen dan ini telah pun diakui oleh professor dan pakar ekonomi tetapi harus ada prasyarat yang perlu dipatuhi sebelum GST dilaksanakan,” katanya ketika berucap pada taklimat GST dan Belanjawan 2014 di Bilik Taklimat Parlimen pada Rabu.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata kerajaan perlu memastikan tahap pendapatan rakyat harus ditingkatkan terlebih dahulu sebelum GST dilaksanakan.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga perlu memastikan infrastruktur percukaian cukup baik sebelum GST diperkenalkan
.
“Dua faktor ini sangat penting. Namun hingga sekarang dua perkara ini belum terlaksana dengan baik. Beberapa dasar seperti dasar monopoli perlu dilaksanakan secara telus.

“Tetapi barangan keperluan seperti gula dan beras masih dimonopoli oleh satu pihak. Ini yang menyebabkan harga barang-barang itu naik kerana tidak ada persaingan,” katanya.

Dalam pembentangan Bajet 2014, Jumaat lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan GST akan dilaksanakan dengan kadar 6 peratus berkuatkuasa 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.

GST akan dikenakan ke atas penggunaan barangan dan perkhidmatan di semua tahap rantaian bekalan.

Sekiranya dilaksanakan, 40 keperluan makanan asas, termasuk beras, gula, susu tepung dan tepung akan disenaraikan sebagai barangan sifar cukai, manakala perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan, mungkin diklasifikasikan sebagai dikecualikan cukai.

Kebanyakan barangan ketika ini dikenakan cukai di bawah SST dan peralihan kepada GST akan meringankan beban golongan miskin, GST akan memastikan harga barangan tidak akan meningkat.

P/s : Alamak.. Anwar sendiri pun setuju dengan GST, apa pulak puak-puak Pembangkang nak spin lepas ni.

Post a Comment

1 Comments

  1. Pada orang melayu pkr dan pas..Kah kah....dari dulu dah cakap bang non ko orang ni beralgak pandai dan bijak...back ground akademik jer ko orang dah tau....3rd klas general degree pengajian sejarah tulin....apa klas nak cakap pasal ekonomi...last last apa yang imf cakap itu yang dia ikut....fakta 1997 anwar ikut telunjuk imf sedangkan indonesia, thailang dan korea musnah ekonomi pasal ikut nasihat imf....fakta tetap fakta...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..