Full Width CSS

Kuota Jemaah Mungkin Bertambah Jika Mutawif Rakyat #1Malaysia #AidilAdha @azeezputera


Tabung Haji (TH) akan mengadakan rundingan dengan kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan badan itu menggunakan khidmat rakyat Malaysia di Makkah dan rakyat Arab Saudi sebagai petugas TH pada musim haji akan datang.

Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Rahim berkata, cadangan itu jika dipersetujui kerajaan Arab Saudi akan mengurangkan bilangan petugas TH dari 1,800 kepada 1,000 orang dan membolehkan kuota yang kosong itu diisi oleh jemaah haji."Cara ini juga dapat membantu memendekkan tempoh menunggu rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadah haji. Bagaimanapun peraturan Arab Saudi tidak boleh diabaikan walaupun kerajaan negara itu menganggap jemaah Malaysia sebagai yang berdisiplin dan patuh,” katanya kepada pemberita di sini.

Sehubungan itu, TH akan berunding dengan kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan kelonggaran menggunakan khidmat rakyat Malaysia dan Arab Saudi sebagai petugas TH.

"Cadangan menggunakan khidmat penuntut Malaysia dan warga Arab Saudi sebagai ’mutawif’ atau jurupandu sedang diteliti terutama dari segi undang-undang negara itu sebelum rundingan dapat diadakan.

"TH sentiasa berusaha membuat banyak penambahbaikan perkhidmatan untuk keselesaan jemaah termasuk menunaikan tanggungjawab sosial korporat," ujarnya.

Abdul Azeez berkata, akauntabiliti dan tanggungjawab TH juga dipertingkat supaya jemaah terus menikmati perkhidmatan terbaik dari masa ke masa.

Post a Comment

0 Comments