Full Width CSS

@MukhrizMahathir Yakin Pengundi Buat Pilihan Tepat Undi #BarisanNasional #1Malaysia

Mukhriz  yakin pengundi  pilih BN

Penguasaan PAS selama 20 tahun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, bukan halangan besar kepada Barisan Nasional (BN) untuk menang dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir yang mengakui BN sebagai ‘underdog’ dalam pilihan raya kecil itu yakin pengundi Sungai Limau akan memilih BN bagi mendapat manfaat agenda transformasi yang diatur kerajaan negeri. “Kita faham DUN Sungai Limau memang kubu kuat Ustaz Azizan (Tan Sri Azizan Razak) dan kehadiran UMNO serta BN dalam pilihan raya kecil saya akui berstatus ‘underdog’. Maksudnya, kita datang ke sini dalam keadaan kecil dan peluang untuk menang juga payah... ini satu pengakuan.

“Cuma, kami sebagai sebuah parti yang menepati janji, menawarkan satu bentuk peluang kepada rakyat Sungai Limau untuk bergerak bersama dalam arus pembangunan perdana yang kita sedang rangka untuk Kedah.

“Oleh itu, kita dapat pastikan peluang untuk kita bawa kemajuan ke seluruh pelosok Kedah lebih meluas, tidak kira di kawasan yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS atau BN,” katanya ketika berucap sempena program ‘Jom Santai Bersama MB Kedah’ di Bukit Besar, dekat Sungai Limau, di sini.

Majlis yang berlangsung di Warung Pak Ya disertai lebih 100 penduduk termasuk penyokong PAS dari sekitar DUN Sungai Limau, menjadi landasan pertama Mukhriz untuk turun padang meninjau keadaan di kawasan DUN Sungai Limau, selepas ia diisytihar kosong susulan kematian Azizan.

Post a Comment

0 Comments