Friday, October 11, 2013

#PemilihanUMNO : Calon Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang Dibelasah #PAU13


Di atas ini merupakan artikel surat khabar keluaran 16 Mac 2009 yang memaparkan calon Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang, saudara Mohd Khaizam menerima 7 jahitan di kepala angkara Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau dibelasah oleh pegawai gara² membuat aduan berkenaan sampah yang tak dipungut di Blok G Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Setapak. Disebabkan hal tersebut, Pegawai tersebut berang dengan tindakan mengutamakan rakyat oleh Khaizam.

Tahniah saudara Khaizam kerana dipukul Pegawai DBKL. Bukannya senang nak dipukul dek kerana masalah sekecil sampah. 

Inilah semangat keberanian yang tinggi ditunjukkan oleh Pemuda UMNO Bukit Bintang walaupun melibatkan isu sekecil sampah, sanggup menerima akibat daripada tindakan mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat terlebih dahulu.

Buat saudara Khaizam, diucapkan semoga berjaya dan didoakan agar perjuangan memartabatkan kepentingan Pemuda UMNO Bukit Bintang diteruskan lagi selari dengan budaya buat kerja yang ditunjukkan oleh Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang yang bakal menamatkan zaman Pemudanya iaitu YM Tengku Azman Tengku Zainol Abidin.



No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...