Full Width CSS

#PemilihanUMNO : Kenapa Baru Sekarang Mahu Cantas @LokmanAdam ? #UMNO #1Malaysia #Lokman4NKP


Persoalan mudah buat semua Pembaca dan Perwakilan Pemuda UMNO yang bakal membuat keputusan menentukan kepimpinan parti pada 12 Oktober 2013, Sabtu ini.

Ini semua cerita, black ops dan ketidakpuasan hati sesetengah pihak terhadap Lokman Adam.

Jika kita tidak bersetuju dengan tindakan Lokman Adam, mengapa Lokman Adam diberi kepercayaan memegang posisi sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia pada penggal 2008 hingga kini?
Bagaimana pula Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin dan  kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia boleh meletakkan kepercayaan mereka lagi kepada Lokman Adam untuk memimpin Unit Pidato Pemuda UMNO & Barisan Nasional (BN) yang bertindak sebagai benteng utama menangkis dan menyampaikan fakta kepada rakyat sepanjang tempoh menuju ke Pilihanraya Umum 13 yang lepas.

Peliknya lagi, macam mana pula Lokman Adam boleh menerobos ke lebih 800 buah majlis dan program yang menjemput beliau untuk berucap di atas pentas UMNO dan BN.

Dan bagaimana pula UMNO & BN boleh memberi kepercayaan yang tinggi buat Lokman Adam dan Unit Pidato bertempiaran pergi ke seluruh negara untuk menyampaikan ceramah dan motivasi khas buat rakyat Malaysia untuk menyokong parti kerajaan?

Persoalan² di atas ini mempunyai jawapannya tersendiri. Saya percaya para Pembaca dan Perwakilan sekalian mempunyai jawapannya. Usahlah kita menafikan apa yang pernah Lokman Adam lakukan untuk parti kita. Kita nampak, kita dengar dan kita rasainya semasa tempoh berkempen yang lepas.

Memang ya beliau merupakan bekas ahli PKR tetapi adakah ia menghalang kita untuk terus menyokong tindakan beliau berbakti buat rakyat Malaysia atas nama UMNO & BN?

Jika ya kita mahu mengekang dan mengecam Lokman Adam, kita harus mulakan daripada dulu lagi dan bukan sekarang kita hendak cantas anak muda yang hebat untuk berbakti kepada Agama, Bangsa & Negara.

Saya sebagai seorang ahli UMNO yang pernah meragui Lokman Adam sebelum ini dan apabila saya mengenali beliau lebih dekat, barulah saya tahu siapa Lokman Adam sebenarnya.

Kenali Lokman Adam :



P/s : Lokman Adam seperti orang kebanyakan macam kita juga. 

Post a Comment

0 Comments