Full Width CSS

#PemilihanUMNO : Membela Bangsa, Memperkasa Agama & Mempertahankan Negara @Zahid_Hamidi #zahidVP01 #PAU2013 @PAU13


Tinggal hanya 1 hari saja lagi, bangsa Melayu akan menentukan barisan kepimpinan yang akan menjadi jentera kuat di belakang Presiden dan Timb Presiden UMNO.

Perwakilan dari setiap lapisan jawatan serta akar umbi bakal menentukan siapa pemimpin yang mereka sayangi. Adakah perwakilan akan memilih pemimpin yang mereka inginkan berdasarkan cara mereka bekerja atau pun memilih pemimpin disebabkan 'garam' yang mereka berikan untuk mengundi mereka?

Kita semua harus tahu tanggungjawab yang diberikan oleh Allah SWT pada pemimpin amat besar. Pemimpin haruslah bertanggungjawab dalam semua tugas yang diberikan dengan adil.

Para perwakilan semua haruslah memilih pemimpin yang dari kalangan mereka yang baik-baik. Pilihlah pemimpin yang berlatarbelakangkan Islamnya yang utuh dan kuat. Ini kerana setiap tindakannya berlunaskan panduan Al-Quran dan sunnah. Al-Quran sebagai jalan panduan kita dan sunnah Rasulullah S.A.W umpama kenderaan yang akan memandu ke jalan yang diredhai Allah S.W.T

Memilih pemimpin bukan atas dasar suka-suka tapi kita harus fikirkan tentang masa depan agama, bangsa dan negara kerana ianya terletak ditangan mereka.

Gunakan akal dengan sebaik-baik pemikiran, gunakan mata dengan sebaik-baik penglihatan. Gunakan telinga dengan sebaik-baik pendengaran. Gunakan hati dan pilihlah pemimpin yang terbaik dikalangan yang baik-baik.

Jom Undi Calon Naib Presiden UMNO VP 01
Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Post a Comment

0 Comments