Full Width CSS

#PemilihanUMNO : @MukhrizMahathir Bersedia Meremajakan #UMNO #1Malaysia


Sejarah bakal tercipta apabila 150,000 ahli akan membuat pilihan untuk memilih siapakah yang layak untuk menduduki jawatan tertinggi UMNO. Tujuh (7) pindaan perlembagaan yang telah diluluskan pada Oktober 2009 sudah pastinya akan menguji kematangan ahli dalam memilih pemimpin yang mampu mencorak landskap politik baru UMNO. Pindaan tersebut telah membuka peluang kepada ahli untuk bertanding dengan syarat yang minimum.

Yang menjadi persoalan pada masa sekarang adalah mampukah perwakilan menyahut seruan transformasi dengan menampilkan kematangan dalam politik sekaligus dapat meremajakan UMNO?Muka baru haruslah diberi peluang untuk menyalurkan idea-idea segar mereka kepada UMNO agar parti ini terus mempunyai daya saing. Generasi muda sudah mula bosan dengan sikap beberapa "otai" yang masih tidak mahu melepaskan kuasa dan tidak menyediakan peluang dan keterbukaan untuk mengetengahkan pemimpin muda. "Otai" ini haruslah mengkaji diri sendiri kerana parti ini telah menjadi tua dan banyak pemimpin yang berada didalamnya juga sudah berumur.

Demi meremajakan UMNO, sudah tiba masanya pemimpin Pemuda diberikan kepercayaan untuk memegang jawatan Naib Presiden. Jika dilihat kepada keputusan PRU-13 yang lalu, BN telah berjaya menawan kembali Kedah. Ini adalah hasil kerja keras rakyat Kedah dan sebagai imbuhan kepada kerja keras mereka itu BN di syaratkan melantik Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah yang baru.

Tidak dinafikan ada suara-suara sumbang yang berkata MB Kedah yang baru ini sombong kerana beliau berasal dari keluarga bangsawan. Itu semua adalah propaganda pihak pembangkang yang bertujuan untuk menjatuhkan beliau. Kita sendiri boleh lihat bagaimana hormatnya beliau kepada Mantan MB Kedah dengan sering melawat allahyarham semasa beliau sedang terlantar sakit sehinggalah beliau meninggal dunia.

Kemenangan BN di Kedah adalah penawar yang paling mujarab untuk diserapkan ke dalam UMNO Pusat. Kehadiran muka baru yang terdiri daripada Pemuda UMNO berserta gandingan dengan muka lama pasti akan menjadi UMNO sebagai parti yang hebat di masa akan datang.

Post a Comment

0 Comments