Full Width CSS

#PemilihanUMNO : Positif Sifat Terpuji @MukhrizMahathir #UMNO #PAU2013


Hari Sabtu lepas merupakan hari yang dirasakan tidak senang duduk buat para perwakilan mahupun ahli² UMNO dari seluruh negara. Kerana ini merupakan satu detik bersejarah buat parti keramat UMNO dalam usaha transformasi meremajakan UMNO sekaligus melihat satu pendekatan yang lebih terbaik dicipta untuk menjaga kepentingan semua pihak di dalam UMNO.

Buat pertama kalinya para Perwakilan dari Cawangan dibenarkan membuat keputusan memilih siapakah calon yang berkelayakan mengungguli kedudukan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Hari ini keputusan mengenai Pemilihan ini telah pun dikeluarkan dan ianya berpihak kepada mereka yang berhak dan layak menerimanya. Bagi Menteri Besar Kedah, Dato' Paduka Mukhriz Mahathir, beliau amat positif dengan keputusan pemilihan yang dijalankan serentak seluruh Malaysia.

Kedudukan di tempat ke 4 di belakang penyandang Dato' Seri Hishammuddin Hussein yang hanya berkelebihan 9 undi daripada beliau, secara jelas memberi isyarat bahawasanya Mukhriz merupakan calon yang digemari ramai Perwakilan bukan saja di Kedah malahan di seluruh Malaysia umumnya.


Sesuatu yang tidak terduga apabila beliau turut hadir ke PWTC pada malam pengumuman keputusan Naib Presiden UMNO bagi mendengar sendiri keputusan tersebut walaupun beliau sendiri sudah mengetahui akan tewas. Ini kerana sikap positif dan gentleman beliau hadir memberi penghormatan buat calon² yang menang sekali gus memperlihatkan Mukhriz bukanlah seorang yang bersikap pentingkan diri sendiri dan sebagainya.

Sikap sebegini yang harus ada pada setiap diri ahli² UMNO yang gagal membezakan antara kawan dan lawan politik.

Keadaan ini juga berlaku di beberapa buah Bahagian UMNO, di mana sebelum keputusan rasmi diumumkan. Calon yang bertanding tetapi tewas menurut wakil calon dalam bilik pengiraan undi, telah awal² lagi angkat kaki meninggalkan persidangan sebelum usul² dan ucapan penangguhan peringkat Bahagian disampaikan oleh Perwakilan.

Untuk rekod keputusan penuh Naib Presiden UMNO ;-

1. Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi - 188 undi
2. Dato' Seri Shafie Apdal - 177 undi
3. Dato' Seri Hishammuddin Hussein - 101 undi
4. Dato' Paduka Mukhriz Mahathir - 93 undi
5. Tan Sri Isa Samad - 7 undi
6. Datuk Ali Rustam - 7 undi

Post a Comment

0 Comments