Monday, October 7, 2013

#PemilihanUMNO : Senario Tidak Sihat Persaingan Cyberstroopers Calon² NKP #UMNO #1Malaysia #PAU13


Hari ini saya ada terbaca artikel daripada beberapa buah blog yang memuatnaik kenyataan dari The Star Online berkenaan cadangan calon #O2 Naib Ketua Pemuda UMNO saudara Lokman Adam mengenai bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat apabila berlaku kenaikan harga minyak disebabkan pengurangan kadar subsidi oleh kerajaan Persekutuan.

Dalam kenyataan tersebut, Lokman Adam menyuarakan pendapat bahawa terdapat inisiatif tertentu untuk mengukuhkan lagi ekonomi negara iaitu dengan memotong gaji Menteri, Timbalan Menteri, mengurangkan elaun² tertentu yang diperolehi mereka yang bertaraf VVIP kerajaan.

Ini adalah satu cadangan yang biasa didengari apabila berlaku sesuatu yang dirasakan membebani rakyat. Namun apa yang mendukacitakan ialah apabila troopers mula menyerang Lokman Adam secara direct dan memberi gambaran seolah² apa yang dikatakan Lokman adalah TIDAK BOLEH disebut kerana platform beliau ada hari ini adalah platform Pemuda UMNO yang tidak boleh membangkang sebarang keputusan yang dibuat kerajaan Malaysia.

Adakah kita yang berada di dalam UMNO hari ini terpaksa menyebut YES SIR berulang² kali hanya kerana untuk menyetujui dengan apa yang cuba disampaikan oleh kerajaan?

Perlu diingat, UMNO secara dasarnya memperjuangkan nasib orang Melayu dan rakyat Malaysia umumnya. Terdapat banyak perkara yang telah diperjuangkan oleh UMNO yang jelas bertentangan dengan dasar kerajaan Persekutuan antaranya baru² ini seperti yang diperjelaskan oleh Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaludin berkenaan isu blacklist peminjam PTPTPN.

Apa Khairy kata?


"Pada pandangan Pemuda Umno, Kerajaan sepatutnya mengguna pakai segala mekanisme kutipan serta tindakan sedia ada ke atas peminjam-peminjam yang masih berkeras dan tidak mengambil endah tuntutan pembayaran balik yang dikeluarkan. Bahkan keutamaan hendaklah diberi kepada tindakan bersepadu yang juga mengambil kira pemberian insentif bayaran balik serta kaedah pembayaran anjal yang mengambil kira situasi semasa peminjam," - Khairy Jamaludin

Tindakan Khairy boleh dianggap sebagai satu tindakan berani dan bertentangan dengan cadangan awal oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang berkata sepatutnya bermula Ogos lepas, lebih 400,000 peminjam PTPTN yang gagal membayar balik pinjaman mereka akan disekat daripada melakukan sebarang pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan di negara ini.

Bagi melaksanakan tindakan itu, PTPTN akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyenaraikan peminjam yang gagal membayar balik pinjaman melalui CCRIS. Tetapi hasilnya, kementerian tersebut membuat kajian semula kerana desakan Pemuda UMNO.

Sama juga seperti hal penayangan filem The New Village yang mirip ke arah mengagungkan kehebatan Komunis di Malaysia ini. Adakah PAS atau PKR yang mendesak filem ini ditangguhkan & dikaji semula tayangannya? 

Jawapannya adalah tidak kerana UMNO & NGO² Melayu yang membantah dan mendesak kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yakni sebuah badan yang ditubuhkan kerajaan Persekutuan pada tahun 1981 bagi menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan perusahaan perfileman Malaysia untuk menangguh dan mengkaji semula tayangan filem ini.

Ini adalah 2 contoh yang mudah saya paparkan untuk difahami oleh pembaca terutama troopers yang membawa calon Naib Ketua Pemuda UMNO lain yang mempunyai kepentingan tersendiri dengan menyerang peribadi lawan.

Di bawah adalah kenyataan daripada The Star Online, sila rujuk.

Kerajaan sepatutnya menunjukkan contoh dengan mengurangkan perbelanjaan dan gaji menteri terlebih dahulu daripada membebankan rakyat dengan kenaikan harga minyak.

Bakal calon Naib Presiden Pemuda Umno, Lokman Noor Adam memberitahu The Star Online bahawa terdapat beberapa pendekatan munasabah yang berupaya mengukuhkan kedudukan ekonomi negara berbanding mengambil jalan mudah dengan mengurangkan subsidi.

"Sebagai contoh, mereka boleh memotong gaji menteri dan timbalan menteri, mengurangkan elaun pengangkutan dan membekukan majlis semua acara yang tidak sepatutnya anjuran jabatan kerajaan.

"Mereka juga boleh membatalkan kunjungan ke luar negara yang tidak penting dan mungkin boleh memulakan majlis rasmi di hotel yang lebih murah," kata ahli politik kelahiran Batu Pahat, Johor itu dalam satu temu bual di sini.


Boleh baca lagi di sini.

Saya berpendapat, tidak ada salahnya jika Lokman Adam bercakap demikian kerana ini adalah satu usaha mewakili rakyat dan sudah tentu hasilnya akan kembali kepada rakyat. At least Lokman bercakap mengenai perkara benar dan ada juga sokongan rakyat bukan ahli UMNO khususnya yang menyokong.

Lokman sudah menyuarakan pendapatnya sendiri tetapi adakah calon lawan yang bertindak sebagai orang di belakang tabir telah bersuara mewakili rakyat?

Jika tidak pernah atau sepi suaranya untuk mewakili rakyat, saya cadangkan janganlah jadi mastermind menghina calon lawan.

Saya berpegang pada satu kenyatan yang mudah.


Jika ada calon yang lagi hebat dari Lokman Adam yang pernah membuat lebih 800 ceramah, program untuk Barisan Nasional (BN) sepanjang tempoh 2009 hingga PRU13 yang lepas, saya mohon mana² troopers calon terbabit ceritakan apa calon anda miliki dan telah lakukan bagi menggalas tanggungjawab untuk jawatan Naib Ketua Pemuda dan nyatakan kenapa calon anda itu baik daripada Lokman Adam?

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...