Monday, October 21, 2013

#PemilihanUMNO : Tersungkurnya @Azwanbro Di Bahagian Sendiri Bukti Tiada Sokongan Akar Umbi #UMNO ? #1Malaysia #PAU2013


Hari Sabtu lepas, kita melihat satu senario baru dalam proses peremajaan UMNO Malaysia yang telah melakukan transformasi memilih kepimpinan parti dari peringkat akar umbi lagi.

Namun sesuatu yang menarik telah berlaku di Bahagian UMNO Pasir Salak apabila Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Khairul Azwan tewas kepada pencabarnya, Datuk Ibrahim Katop dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak kelmarin.
Ibrahim Katop yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian itu memperoleh undi sebanyak 422 berbanding Azwan.

Gandingan Azwan iaitu Datuk Zainol Padzi, yang juga Exco Kerajaan Negeri tewas kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam persaingan merebut jawatan Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak. Tajuddin memperoleh 435 undi untuk terus mengekalkan jawatan itu.

Usaha Azwan dan Zainol yang bergandingan untuk merampas kepimpinan UMNO Pasir Salak ternyata gagal. Tajuddin dilihat masih relevan dan mendapat sokongan padu daripada perwakilan walaupun beberapa pihak tidak bertanggungjawab cuba menabur fitnah dalam kempen sebelum pemilihan termasuk di dalam ruangan media siber.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak sebelum ini turut memperoleh keputusan cemerlang dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila majoriti undi diperolehnya meningkat.

Terfikir juga kadang² hebatnya seseorang pemimpin yang berjaya meyakinkan sokongan seluruh Malaysia tetapi akhirnya tidak mendapat sokongan & bless dari peringkat Bahagian untuk menjadi pemimpin tempatan. Yang menariknya lagi, bagaimana Azwan boleh membuatkan para Perwakilan Pemuda seluruh Malaysia mengundi beliau untuk menyandang kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Takkanlah jawatan selaku Ketua Pemuda UMNO Perak telah menyebabkan beliau dikenali seluruh Malaysia. Lainlah jika hendak dibandingkan dengan saudara Jamawi Jaafar dan Lokman Adam. Mereka berdua ni orang yang dikenali seluruh Malaysia kerana usaha keras mereka menjelajah membawa artis mengenali UMNO lebih dekat dan berceramah menempis tohmahan serta fitnah Pembangkang sepanjang PRU 13 yang lalu.

Hah cam mano nak cito laie~

5 comments:

  1. betol gak 1bro ni bdk perak...masa pru aritu takde pulak dgr cerita dia...

    ReplyDelete
  2. Tibe2 je nama dia ada. Sblm ni saya pon tak kenal dia.. Muka mcm berlagak je.. Akar umbi tak kenal pon dia ni

    ReplyDelete
  3. Mamat ni kaya bro. Duit berlambak2 dia tabur kat perwakilan pemuda.

    ReplyDelete
  4. Kami org Perak takmo pemimpin macam Wanbro

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...