Full Width CSS

#PemilihanUMNO : Transformasi UMNO Beri Ruang Lebih Ramai Babitkan Diri #1Malaysia #UMNO #PAU


Pemilihan UMNO 2013 adalah antara transformasi yang dijanji oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi membolehkan lebih ramai ahli UMNO turut terbabit dalam menentukan pucuk kepimpinan parti berbanding apa yang pernah dilakukan sebelum ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keterbukaan UMNO telah memberi ruang sehingga ahli di peringkat cawangan untuk bersama-sama kepimpinan parti menjadikan UMNO sebagai sebuah parti yang terus relevan bukan sahaja kepada ahlinya malah untuk seluruh rakyat.


Menurutnya, bagi sesebuah parti yang sudah melangkaui usia melebihi setengah abad pasti akan mengalami zaman suramnya, tetapi berbeza dengan UMNO apabila terus berusaha untuk terus menjadi wadah perjuangan selari dengan perkembangan semaasa.

“Dalam sejarah, mana-mana parti yang pemerintah atau parti politik yang melebihi usia 50 tahun, pasti akan menghadapi zaman muramnya, tetapi alhamdullilah tidak dengan UMNO kerana kita sentiasa berusaha untuk meremaja dan merelevankan dengan situasi semasa,” katanya.

Beliau berkata, pemilihan kali ini juga turut memberi ruang kepeda pemimpin muda untuk berganding bahu dalam memabawa kemajuan kepada UMNO.

Ikutilah temubual lanjut di Youtube UMNO Online :-


Post a Comment

0 Comments