Full Width CSS

#PemilihanUMNO : Transformasi #UMNO Bermula Dari Akar Umbi #PAU2013 #PAU13 #RM4BTR


Pelaksanaan pemilihan UMNO dari peringkat akar umbi yang telah dilangsungkan minggu lepas untuk Pergerakan Sayap dan pada hari Sabtu ini bagi Bahagian UMNO dilihat satu perkembangan yang positif buat UMNO yang sedang menuju proses peremajaan parti.

Calon² pemimpin di peringkat atasan @ Kebangsaan dipilih secara demokrasi oleh perwakilan cawangan² hingga ke Bahagian² UMNO dari seluruh negara yang merangkumi seramai 146,500 orang perwakilan yang bakal menjadikan semua yang berlaku ini sebagai satu sejarah dan lembaran baru buat parti keramat yang berusia 67 tahun.

Bagi merealisasikan hasrat transformasi ini, UMNO perlu diremajakan dari peringkat akar umbi sejajar dengan kehendak dan kepentingan semasa. Lihat sebagai contoh Bahagian UMNO Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur yang merupakan bahagian yang paling utama perlu wajib ditransformasikan dari segi kepimpinannya secara menyeluruh.

Saya tidak melihat kepimpinan UMNO di sini sebagai bermasalah tetapi sebenarnya Bahagian UMNO di sini ketandusan seorang pemimpin yang berkaliber, mesra rakyat dan memahami setiap denyut nadi rakyat di sekitar kawasan Parlimen ini khususnya.

Sebagai seorang ahli UMNO yang berada di dalam barisan Pergerakan Pemuda, saya melihat UMNO Bandar Tun Razak mempunyai kelebihan dan kehebatannya tersendiri jika hendak dibandingkan dengan Bahagian² UMNO yang lain. Mengambil kira pencapaian semasa menjelang Pilihanraya Umum 13 yang lepas, gerakan UMNO di sini jika disusun dengan baik dan tiada buruk sangka sesama sendiri, kemungkinan besar sokongan dan keyakinan penduduk Bandar Tun Razak terhadap UMNO & Barisan Nasional (BN) akan lebih tinggi.

Cuma silapnya sikit adalah sikap perasaan hasad dengki (PHD) sesama sendiri yang tak pernah lekang daripada sifat manusia. Saya beranggapan mereka yang masih mempunyai sifat PHD ini lagi sebenarnya adalah manusia kuno. Mereka tidak melihat perkembangan dan peluang di hadapan sebaliknya mereka hanya melihat keuntungan sebesar setapak kaki di hadapan saja. Sikap sebegini wajib dikikis dan dibuang terus daripada menjadi duri dalam daging UMNO sepanjang masa. 

Punca sebab penyebab berlakunya gejala tidak sihat ini adalah mungkin disebabkan keangkuhan beberapa individu yang tidak mengambil peduli pada setiap lapisan penduduk dan ahli² UMNO di Bandar Tun Razak yang bertungkus lumus menjadikan UMNO di sini sebagai sebuah parti yang ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan terbaik dalam menyampaikan propaganda positif kerajaan di dalam Parlimen ini. Atau mungkin ahli² UMNO sudah bosan melihat muka² yang sama di atas merebut jawatan ini


Mungkin sudah tiba masanya kepimpinan UMNO Bandar Tun Razak diberi nafas yang segar dengan idea, muka dan imej yang baru untuk kepuasan semua terutama ahli² UMNO di sini. Seseorang yang bertanggungjawab menduduki kerusi Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak WAJIB lah seorang yang kenal serta tahu selok belok Parlimen 124 ini, kenal setiap pemimpin masyarakat dan penduduknya. Yang paling penting ialah beliau sebaik²nya dikenali oleh rakyat di sini serta sekitarnya. Jika pemimpin tak dikenali berada di atas, belum tentu rakyat nak datang cari jika ada permasalahan dan perkara² tertentu.

Ketrampilan dan track rekod yang terbaik sebelum ini mengendalikan gerakan tertentu ataupun sayap parti harus dijadikan kayu pengukur kepada pemilihan seseorang menjadi pemimpin. Perlu dilihat juga pengaruh seseorang pemimpin itu terhadap penerimaan masyarakat secara umumnya. Kelak di hari kemudian, ketrampilan dan kepujian pemimpin itu nanti akan memberi pulangan yang baik buat UMNO dan BN.

Tepuk dada tanyalah hati siapa pilihan yang terbaik anda. 

Saya dengan ini seikhlas hati menyokong penuh keikhlasan dan kepimpinan yang telah ditunjukkan oleh YBhg Datuk Rizalman Mokhtar semasa menjawat jawatan selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bandar Tun Razak & Wilayah Persekutuan iaitu calon O4 bagi jawatan Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak.

SOKONG & UNDI CALON O4
"dari mata turun ke hati"

Post a Comment

0 Comments