Full Width CSS

#PemilihanUMNO : #UMNO Tidak #BeraniBerubah Jika Buat Cai Untuk Perwakilan #PAU2013 @PAU13 @NajibRazak @MukhrizMahathir

Perlembagaan parti UMNO telah digubal untuk pemilihan kepimpinan parti secara demokrasi tetapi mengapa masih juga berlaku kejadian² 'arahan', 'wahyu' dan tangan² ghaib dalam urusan Pemilihan kali ini.

Ini sesuatu yang amat dikesalkan apabila untuk kali pertama ianya akan dijayakan tetapi tiba² ianya telah diperalatkan oleh sesetengah pihak untuk mengaut keuntungan di dalam pemilihan kali ini. Kalau nak beri mandat pada rakyat untuk tentukan, biarkan rakyat yang pilih. Pemimpin di atas duduk diam dan jangan sesuka hati mengarahkan itu dan ini.

Sedikit pun tidak pernah terdetik di hati Datuk Mukhriz Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO sekiranya beliau ditakdirkan menang pada 19 Oktober ini. Beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada Sabtu ini bersama calon-calon lain iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Datuk Seri Shafie Apdal, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Ali Rustam.

Menurut beliau, kita akan menerima padah sekiranya tidak ada suatu transformasi yang akan berlaku pada parti seperti mana yang disebut Presiden UMNO dan timbalannya. Sekiranya kita masih berada di dalam zon selesa, masa depan kita dalam menghadapai PRU-14 nanti pasti membimbangkan.

“Selepas PRU ke 13, Umno makin kuat dapat 88 kerusi di parlimen dan dapat tawan semula Kedah, maka sebab itu mereka ada agenda dengan membuat laporan yang bukan-bukan seperti itu untuk melaga-lagakan kita,” katanya dalam wawancara khas dengan sebuah akhbar harian baru-baru ini.

“Saya berpendapat gandingan pengalaman di Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri itu sangat berharga dan bernilai untuk saya kongsikan. Kita sudah ada Menteri bukan hanya di peringkat Naib Presiden tetapi juga di peringkat Majlis Tertinggi (MT). Saya ingat agak bernilai juga sumbangan idea dan pandangan oleh seorang Menteri Besar yang lebih memahami dan terdedah kepada isu-isu setempat,” ujarnya.

Beliau menolak dakwaan bahawa terlalu awal baginya bertanding kerusi Naib Presiden Umno sedangkan beliau tidak pernah menjadi ahli majlis tertinggi Umno.

“Saya bimbang dalam tempoh lima tahun ini kalau sokongan kepada BN itu terus menurun, mungkin tidak ada lagi kali yang selepas ini,” katanya.

Sudah tiba masanya juga UMNO dan perwakilan memberikan peluang serta ruang bagi Mukhriz mentransformasikan UMNO untuk lebih maju ke hadapan. Sudah tiba masanya kita melihat ke hadapan yang jauh lebih mencabar daripada hari ini.

Jangan jadi seperti KJ, baca sini.

Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..